FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kepimpinan bijaksana wujudkan semangat perpaduan


Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim / Foto : Masri Osman, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Hernie Suliana Haji Othman, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali, Muhammad Asri Haji Awang Abas

 


 October 7th, 2017  |  11:34 AM  |   967 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 Kepimpinan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam memerintah negara telah terbukti dengan wujudnya semangat perpaduan yang tinggi lagi mantap di kalangan rakyat dan penduduk negara ini dalam menjalani kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku Penaung Jawatankuasa Penasihat Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Menaiki Takhta bersabda demikian semasa menyembahkan Sembah Kesyukuran pada Majlis Istiadat Mengadap Sambutan Jubli Emas Kebawah DYMM Menaiki Takhta yang berlangsung di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman.

 

“Aspirasi Al-Marhum paduka nenda dan iltizam berterusan paduka ayahanda sendiri, dengan izin dan rahmat Allah Subhanahu Wata'ala jua, telah meneraju Negara Brunei Darussalam ke arah sebuah negara Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur yang berpaksikan konsep Melayu Islam Beraja.

 

Apa yang jelas, segenap lapisan rakyat dan penduduk di negara ini telah menikmati taraf hidup yang tinggi, hasil dari kemajuan yang dilakar oleh paduka ayahanda secara peribadi melalui kerajaan paduka ayahanda sendiri,” sabda Duli Yang Teramat Mulia.

 

DYTM seterusnya bersabda, keprihatinan berterusan Kebawah DYMM dalam hal ehwal kesejahteraan rakyat dan penduduk, khasnya dalam bidang-bidang ugama, sosioekonomi, pendidikan, kesihatan dan kebajikan telah berjaya menempatkan negara ini setanding dengan negara-negara maju lain di dunia.

 

Malah, di sudut antarabangsa pula, sabda DYTM, Kebawah DYMM juga telah berjaya membawa dan meletakkan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara yang berupaya memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan keharmonian sejagat, dengan berpegang kepada prinsip dan dasar saling hormat-menghormati di samping menjaga hubungan baik dengan negara-negara lain, baik di peringkat serantau mahupun antarabangsa.

 

Terdahulu, DYTM bersabda, hari ini adalah merupakan hari yang penuh bersukut lagi bersejarah bagi Negara Brunei Darussalam dengan genapnya 50 tahun Kebawah DYMM di atas takhta singgahsana Negara Brunei Darussalam.

 

“Mengambil sukut baik hari bersejarah ini, paduka anakanda, bagi mewakili kerabat diraja, para pembesar negara, orang bergelar serta segenap lapisan rakyat dan penduduk yang bernaung di bawah payung kepimpinan paduka ayahanda, sukacita merafakkan sembah kesyukuran sempena Perayaan Sambutan Jubli Emas Paduka Ayahanda Menaiki Takhta dan seterusnya menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih ke hadapan majlis paduka ayahanda di atas sifat pemedulian, keprihatinan dan kepimpinan adil lagi bijaksana dalam memerintah negara selama ini dan juga menyembahkan ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi dalam mendukung kepimpinan paduka ayahanda ke arah mencapai Wawasan Negara Brunei Darussalam.

 

Marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah Subhanahu Wata'ala akan sentiasa melimpahkan taufik dan hidayah-Nya kepada paduka ayahanda dan paduka bonda dengan sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan yang berpanjangan serta paduka ayahanda kekal karar memerintah di atas takhta singgahsana Kerajaan Negara Brunei Darussalam dengan mendapat petunjuk dan keredaan Allah Subhanahu Wata’ala. Ameen Ya Rabbal ‘Alameen,” sabda DYTM.

 

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17