FacebookInstagramTwitterContact

 

These Highly Effective Alternatives To Toxic Medication Help Beat Depression           >>           Study Highlights The Vast Medicinal Properties Of The Popular Spice Saffron           >>           Physically Healthy 28-Year-Old Dutch Woman With Autism And Depression Given Approval To End Her Life Through Assisted Suicide           >>           Haunted Holiday Home Horror As Tourists Left Screaming By 'Ghosts' Moving Picture Frames           >>           'A Reckless Kid Ruined My Car Door - His Mum's Response Left Me Gobsmacked'           >>           Olivia Wilde And Jason Sudeikis' 10-Year-Old Son Otis Is All Grown Up In Rare Photo           >>           Why Anne Hathaway Says Kissing Actors In Chemistry Tests Was So "Gross"           >>           NASA's Voyager 1 Spacecraft Finally Phones Home After 5 Months Of No Contact           >>           Meta opens Quest OS to third parties, including ASUS and Lenovo           >>           Newsletter service Ghost will support the fediverse protocol ActivityPub           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Istiadat penuh gilang-gemilang


Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid, Aimi Sani / Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Masri Osman, Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Hamzah Mohidin, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Hernie Suliana Haji Othman, Mohd. Sahrizal Haji Said, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali, Azmah Haji Ahad, Dk. Nurhafilah Pg. Osman, Muhammad Asri Haji Awang Abas, Mohammad Nazib Haji Jumat, Pg. Muhd Rafee Pg. Dato Paduka Haji Metassim, Haji Muhammad Haji Sulaiman, Mastinah Malik, Awang Hijium Yusop, Rosland Haji Jinin, Dayang Amal Ramizah Ramlee, Abdul Kadir Md. Tahir, Pg. Haji Mohd. Fawzy Pg. Haji Ahmad, Haji Zaini Awang Ajong

 


 October 7th, 2017  |  11:43 AM  |   1297 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam telah berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan Kawalan Kehormatan; Majlis Istiadat Mengadap dan Istiadat Perarakan Mengelilingi Bandar Seri Begawan sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta.

 

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor’ain; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Rakiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Nasibah; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefriah.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri mula-mula berangkat ke Istiadat Perbarisan Kawalan Kehormatan yang berlangsung di pekarangan Istana Nurul Iman.

 

Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri seterusnya dijunjung menaiki Pentas Diraja bagi menerima Tabik Hormat Diraja, diiringi dengan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam serta 21 das tembakan meriam.

 

Kebawah DYMM seterusnya dijunjung untuk memeriksa Perbarisan Kehormatan yang terdiri daripada 323 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Pasukan Polis Diraja Brunei di bawah perintah Leftenan Kolonel Pengiran Sufri bin Pengiran Rosli.

 

Sejurus selepas Istiadat Perbarisan Kehormatan tersebut, Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berangkat ke Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman bagi Majlis Istiadat Mengadap.

 

Semasa Majlis Istiadat Mengadap tersebut, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, selaku Penaung Jawatankuasa Penasihat Sambutan Jubli Emas Kebawah DYMM Menaiki Takhta menyembahkan Sembah Kesyukuran ke hadapan majlis Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Semasa Majlis Istiadat Mengadap tersebut juga, Kebawah DYMM berkenan mengurniakan titah.

 

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

Antara tetamu negara yang berangkat hadir pada majlis tersebut ialah His Royal Highness Prince Edward, Earl of Wessex, selaku wakil peribadi kepada Her Majesty Queen Elizabeth II, Queen of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland dan Her Royal Highness Sophie, Countess of Wessex.

 

Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berserta kerabat diraja seterusnya berangkat meninggalkan Istana Nurul Iman bagi Istiadat Perarakan Mengelilingi Bandar Seri Begawan.

 

Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri dijunjung menaiki Usongan Diraja, sebuah kenaikan khas untuk perarakan mengelilingi ibu negara.

 

Berangkat mengiringi baginda berdua di atas Usongan Diraja ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel; dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah.

 

Juga berangkat mengiringi dalam rombongan perarakan ialah YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan YAM Pengiran Bini Hajah Faizah; DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah;  YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor’ain; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Rakiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Nasibah; dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefriah serta kerabat diraja.

 

Dengan Sambutan Jubli Emas Kebawah DYMM Menaiki Takhta ini terlakarnya satu lagi sejarah negara yang menjadi ristaan sepanjang zaman, yang mana sambutan ini merupakan julung-julung kalinya diadakan di negara ini bagi menandakan 50 tahun pemerintahan baginda sejak 5 Oktober 1967.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tens Of Thousands Evacuated From Massive China Floods

 2024-04-23 00:01:47

Wind Farm Misses Deadline For Electricity Sale Scheme

 2024-04-23 00:24:53