FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Hubungan raja dengan rakyat tiada tembok pemisah


Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman / Foto : Masri Osman, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Hernie Suliana Haji Othman, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali, Muhammad Asri Haji Awang Abas

 


 October 7th, 2017  |  11:52 AM  |   1460 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menekankan bahawa tidak ada tembok pemisah di antara hubungan raja dengan rakyat.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, kewajipan raja berlaku adil kepada rakyat, sementara kewajipan rakyat pula mentaati raja. Raja berkewajipan untuk mengetahui susah senang rakyat sementara rakyat pula dituntut untuk bersimpati kepada raja.

 

Titah baginda, itulah namanya kewajipan timbal balik untuk kesejahteraan semua yang mana raja dan rakyat sama-sama memegang amanah besar ini.

 

“Inilah rukun kehidupan kita di negara ini. Ia telah pun wujud dengan jayanya semenjak dari enam ratus tahun lagi. Marilah kita pelihara ia, dan teruslah memupuknya sehingga zaman-berzaman,” titah baginda pada Majlis Istiadat Mengadap Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Menaiki Takhta berlangsung di Balai Singgahsana Indera Buana Istana Nurul Iman.

 

Terdahulu, Kebawah DYMM bertitah, hari ini adalah hari paling bersejarah bagi baginda sendiri, dan juga seluruh rakyat dan penduduk di negara ini, yang mana sejarah baginda itu juga sejarah bangsa dan negara, kerana siapa baginda selaku raja, tidak boleh putus hubungan dengan bangsa dan negara.

 

“Tegasnya, beta tetap berkongsi sejarah dengan mereka,” titah baginda.

 

Kerana itulah tambah titah baginda, perayaan itu menjadi milik bersama di antara baginda selaku raja dan rakyat jelata. Kalau baginda dilihat gembira, maka rakyat juga adalah berhak untuk bergembira dan jika baginda bersyukur, maka rakyat juga patut bersyukur.

 

Sebelum mengakhiri titah, Kebawah DYMM dengan tulus ikhlas turut merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peringkat jawatankuasa yang bertanggungjawab dengan bertungkus-lumus merancang dan menjayakan sambutan ini.

 

“Penghargaan yang sama juga tidak diabaikan terhadap kerabat diraja, orang-orang bergelar, pemimpin-pemimpin masyarakat dan seluruh rakyat, sama ada yang berada di dalam atau di luar negara, di atas sokongan berterusan dan taat setia mereka kepada beta dan kerajaan. Semoga Allah Subhanahu Wata’ala jua yang akan memberkati dan melimpahkan rahmat dan hidayat-Nya kepada kita semua, Amin Ya Rabbal ‘Alamin,” titah baginda.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54