Home > Bahasa Melayu
Regu KLK Gabungan 'A' juara Kejohanan Sepak Takraw Terbuka
December 18th, 2017 | 10:39 AM | 703 views
MENTIRI
Regu KLK Gabungan 'A' muncul juara apabila berjaya menumpaskan regu Tazmania, 21 - 18, 21 - 16 pada Kejohanan Sepak Takraw Terbuka yang berlangsung di Gelanggang Sepak Takraw Jalan Bukit Pandayan, RPN Panchor Mengkubau, di sini.
Sementara regu KLK Gabungan 'B' pula memenangi tempat ketiga setelah menewaskan regu Naga Sumur pada kejohanan yang dianjurkan oleh Biro Belia dan Sukan, MPK RPN Panchor Mengkubau.
Penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi MPK RPN Panchor Mengkubau, Awang Haji Hairul Azri bin Haji Selamat.
Sebanyak 16 regu berentap pada kejohanan tersebut, iaitu KLK Gabungan 'A', KLK Gabungan 'B', Naga Sumur, Double Eyes, Tawakal 'A', Tawakal 'B', Tawakal 'C', Kamser, KPS 'A', KPS 'B', KPS 'C', Racun Muda, Pelangi, B.T.T.J, Tazmania dan KPM.
Juara, naib juara dan tempat ketiga menerima piala dan baju, manakala tempat keempat menerima piala penyertaan pada kejohanan sehari yang bertujuan untuk melestari sukan sepak takraw sebagai permainan tradisi.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]