Home > Bahasa Melayu
Budayakan pembacaan Al-Quran dalam hidup bermasyarakat
December 18th, 2017 | 10:54 AM | 616 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Bagi membudayakan bacaan Al-Quran sebagai amalan harian dan kehidupan bermasyarakat serta merealisasikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir, Takmir Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah (MRSB) Kampung Sungai Akar mengadakan Tadarus Al-Quran di kediaman Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Jepun, Puan Yang Terutama Kamilah binti Haji Mohd Hanifah di Kampung Sungai Akar.
Hadir menyertai para jemaah ialah Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong yang juga Penaung Takmir MRSB.
Seramai 70 jemaah dan Takmir MRSB termasuk pelajar Madrasah Wakaf Islamiah Sabah menyertai aktiviti tersebut.
Aktiviti tersebut merupakan Projek Mingguan Jawatankuasa Takmir MRSB yang baru bermula pada 12 Ogos 2017.
Projek tersebut juga antara lain bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di antara dua organisasi sukarela, iaitu Takmir MRSB dan Majlis Perundingan Kampung Sungai Akar.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]