FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Perbadanan TAIB hulur sumbangan peralatan sekolah


PEMANGKU ketua Perbankan Retail Perbadanan TAIB, Awang Haji Kalong bin Haji Hussin menyampaikan sumbangan kepada para penerima lelaki.

 


 January 6th, 2018  |  11:10 AM  |   1213 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Keceriaan jelas terpancar di wajah para pelajar dari kalangan anak-anak yatim dan anak-anak dari keluarga kurang berkemampuan di Rancangan Perumahan Negara (RPN) Panchor Mengkubau apabila menerima sumbangan peralatan sekolah dari Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) hari ini.

 

Seramai 80 orang menerima sumbangan tersebut pada majlis yang berlangsung di kediaman Ketua Biro Kemasyarakatan dan Perhubungan, Majlis Perundingan Kampung (MPK) RPN Panchor Mengkubau di Jalan Bukit Pandayan, RPN Panchor Mengkubau, di sini.

 

Hadir menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada para penerima perempuan ialah Pemangku Pengarah Urusan Perbadanan TAIB, Dayang Hajah Noorrafidah binti Sulaiman sementara sumbangan kepada para penerima lelaki disampaikan oleh Pemangku Ketua Perbankan Retail Perbadanan TAIB, Awang Haji Kalong bin Haji Hussin.

 

Juga hadir Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman.

 

Sumbangan peralatan sekolah dari Perbadanan TAIB itu adalah sebagai sokongan kepada projek Drop Box - Kempen Kembali Ke Sekolah yang diselenggarakan oleh Biro Wanita, MPK RPN Panchor Mengkubau.

 

Projek tersebut antara lain bertujuan untuk membantu meringankan beban para pelajar dari kalangan anak-anak yatim dan anak-anak dari keluarga kurang berkemampuan yang tinggal menetap di RPN Panchor Mengkubau.

 

Sejak projek itu dilancarkan pada tahun 2016, ramai pihak yang terdiri daripada firma-firma kewangan, pertubuhan dan persatuan bukan kerajaan serta pihak individu telah dan terus menerus tampil menghulurkan sumbangan mereka berupa peralatan sekolah seperti Buku Latihan, Pensil, Pen, Pemadam, Pembaris, Beg sekolah, Uniform sekolah pelajar lelaki (baju, seluar dan songkok), Uniform sekolah pelajar perempuan (baju kurung, kain dan tudung), Uniform sekolah ugama pelajar lelaki (baju melayu, sinjang dan songkok) dan Uniform sekolah ugama pelajar perempuan (baju kurung, kain dan tudung).

 

Dengan adanya sumbangan seumpama itu, adalah diharapkan para pelajar dari kalangan anak-anak yatim dan anak-anak dari keluarga kurang berkemampuan akan mencapai kecemerlangan dalam bidang pelajaran.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Saerah Haji Abdul Ghani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07