FacebookInstagramTwitterContact

 

Study Claims Drinking A Mug Of Black Tea Provides Enough Nutrients To Prevent COVID Infection           >>           Buyers Beware: Turmeric Products Are Often Contaminated With Lead           >>           Calcium: Why You Need It, Debunking Myths About It, And The Best Plant-Based Food Sources Of This Important Mineral           >>           Rubber Duck Washes Up On Scottish Beach 18 Years After It Was Released In Ireland           >>           Sainsbury’s Finally Gets The Price Of Freddo Right — After 19 Years           >>           Raya Joy for Hospital Patients           >>           Job Recruitment Interview           >>           Bilateral Exercise           >>           Hari Raya Aidilfitri can Alleviate Homesickness           >>           Spectrum Exhibition 2024           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pusat Kesihatan Berakas Mula Beroperasi 16 Mei


SIDANG media yang dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional), Kementerian Kesihatan, Dr. Hajah Maslina binti Haji Mohsin yang berlangsung di Kementerian Kesihatan, Berakas.

 


 May 13th, 2016  |  10:34 AM  |   9335 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Khamis, 12 Mei. - Sejak tahun 2000, Pusat Kesihatan Berakas 'A' dan Pusat Kesihatan Berakas 'B' telah menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan asasi bagi penduduk-penduduk yang menetap di Mukim Berakas 'A' dan Berakas 'B'.

 

Dengan peningkatan jumlah penduduk dan kepesatan projek-projek pembangunan, Kementerian Kesihatan menyedari akan keperluan untuk mengembangkan kapasiti untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan penduduk Mukim Berakas 'A' dan Berakas 'B'.

 

Perkara itu dijelaskan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional), Kementerian Kesihatan, Dr. Hajah Maslina binti Haji Mohsin pada sidang media yang berlangsung di Kementerian Kesihatan, Berakas, di sini.

 

Ke arah itu katanya, Kementerian Kesihatan telah membina sebuah Pusat Kesihatan baharu, iaitu Pusat Kesihatan Berakas yang bertempat di Jalan 10 Selatan, Rancangan Perumahan Lambak Kanan, berdekatan dengan Masjid Perpindahan Lambak Kanan.

 

Pusat Kesihatan Berakas ini jelasnya, akan mula beroperasi pada hari Isnin, 16 Mei 2016.

 

Dr. Hajah Maslina seterusnya menjelaskan, Pusat Kesihatan Berakas 'A', Pusat Kesihatan 'B', Klinik Kesihatan Perpindahan Lambak Kanan dan Klinik Kesihatan Sungai Hanching akan ditutup dan perkhidmatan-perkhidmatannya akan dipindahkan ke Pusat Kesihatan baru ini.


"Sehubungan dengan ini, bagi memudahkan kerja-kerja pemindahan, Pusat Kesihatan Berakas 'A', Klinik Kesihatan Perpindahan Lambak Kanan dan Klinik Kesihatan Sungai Hanching akan mula ditutup sepenuhnya pada hari Sabtu, 14 Mei 2016, manakala Pusat Kesihatan Berakas 'B' pula akan ditutup mulai 12.15 tengah hari pada hari yang sama," ujarnya.

 

Semasa hari penutupan tersebut, tambahnya, penduduk-penduduk yang tinggal di sekitar kawasan tadahan Pusat Kesihatan Berakas 'A' yang ingin mendapatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan asasi adalah dinasihatkan untuk berkunjung ke Pusat Kesihatan Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah di alamat Simpang 256 - 23, Kampung Rimba, Gadong (Tel:+673 2428247 / 48 / 49 atau 2424991).

 

Manakala, orang ramai yang tinggal di kawasan tadahan Pusat Kesihatan Berakas 'B' bolehlah berkunjung ke Pusat Kesihatan Bandar Seri Begawan, Blok 2G, Kondominium Ong Sum Ping, Jalan Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan (Tel: +673 2230035 / 38 / 46 / 47).

 

Pusat Kesihatan Berakas ini merupakan pusat kesihatan yang terbesar di Negara Brunei Darussalam serta perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan adalah komprehensif dengan penyepaduan perkhidmatan empat fasiliti kesihatan yang tersebut di atas.

 

Inisiatif penyepaduan ini bertujuan untuk mencapai salah satu keutamaan strategik kementerian, iaitu untuk memantapkan lagi kualiti pemberian perkhidmatan melalui penyepaduan perkhidmatan, kemudahan serta infrastruktur (consolidation of services, facilities and infrastructure) yang sedia ada.

 

Penyepaduan ini adalah dihasratkan untuk memberikan nilai tambah kepada para pelanggan ataupun orang awam dan mengurangkan pembaziran.

 

Pusat Kesihatan Berakas dibina dengan berdasarkan tiga matlamat, iaitu untuk memberikan penkhidmatan pelanggan yang terbaik, menjadikan pusat kesihatan ini sebagai One-stop Health Centre dan giat terlibat dengan aktiviti kesihatan masyarakat setempat.

 

Ke arah mencapai matlamat-matlamat ini, pemberian perkhidmatan di Pusat Kesihatan Berakas akan dikendalikan secara berbeza dari pusat kesihatan sebelumnya dan bukannya 'business as usual'.

 

Sebagai permulaan, Pusat Kesihatan Berakas akan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan teras iaitu Perkhidmatan Penjagaan Asasi seperti Klinik Umum, Klinik Flu dan Klinik Penyakit Kronik; Perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak; Perkhidmatan Pergigian; Perkhidmatan Klinik Mata; Perkhidmatan Farmasi; Perkhidmatan Penjagaan Pemakanan dan Perkhidmatan Pengambilan Darah.

 

Di samping itu, pusat kesihatan ini juga akan memberikan perkhidmatan-perkhidmatan tambahan yang sebelum ini tidak diberikan di pusat-pusat kesihatan yang lain seperti Perkhidmatan Rehabilitasi, Perkhidmatan Kesejahteraan Komuniti (Psikiatri), Perkhidmatan Klinik Cara Hidup Sihat, Perkhidmatan Radiologi (X-Ray) dan Perkhidmatan Paramedik.

 

Bagi memastikan pemberian perkhidmatan yang cemerlang dan selesa kepada pelanggan-pelanggannya, Pusat Kesihatan Berakas dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk para pesakit dan pengunjung seperti surau, bilik penyusuan susu ibu serta sekitar 200 petak tempat letak kereta untuk orang ramai dan kakitangan, di samping itu, pusat kesihatan ini juga dalam proses untuk menyediakan sebuah kafe.

 

Sebagai salah satu lagi inisiatif untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang, pusat kesihatan ini akan menambah waktu perkhidmatannya iaitu bermula, dari jam 7.00 pagi hingga jam 9.00 malam bagi hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu; serta dari jam 2.00 petang hingga 9.00 malam pada hari Jumaat, Ahad dan hari-hari kelepasan awam.

 

Perkhidmatan yang dijalankan akan menggunakan sistem temu janji di mana orang ramai yang ingin berjumpa doktor hendaklah membuat perjanjian untuk berjumpa doktor.


Para pesakit dan pengunjung adalah dinasihatkan untuk mendaftar sekurang-kurangnya 30 minit sebelum masa perjanjian.

 

Dengan ini, Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Asasi di luar waktu bekerja yang pada masa ini diberikan di Pusat Kesihatan Bandar Seri Begawan (Ong Sum Ping) akan dipindahkan dan diambil alih oleh Pusat Kesihatan Berakas.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Solomon Islands: The Pacific Election Being Closely Watched By China And The West

 2024-04-18 00:06:57

Whistleblower 'Would Not' Put Family On Boeing 787 Jet

 2024-04-18 01:01:12