FacebookInstagramTwitterContact

 

Ditch Harmful VEGETABLE OILS For These Healthy Substitutes           >>           Replace Ultra-Processed Foods With These HEALTHY Alternatives           >>           Liam Hemsworth And Gabriella Brooks Rare Date Night Photos Will Leave You Hungering For More           >>           See Taylor Swift And Travis Kelce Kiss During Enchanted Lake Como Boat Date           >>           NASA's Juno Probe Captures Fascinating High-Resolution Images Of Jupiter's Icy Moon Europa           >>           A Fallout Crossover Is Coming To Fortnite           >>           The Openai Team Tasked With Protecting Humanity Is No More           >>           Youtube Reportedly Agrees To Block Videos Of Hong Kong’s Protest Song Inside The Region           >>           Gaza War: UN Defends Casualty Tally Amid Israeli Anger           >>           Row Over North Macedonia's Name Flares Up Again           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sistem Pas Keluar Masuk Kenderaan (VES) Secara Online


JABATAN Kastam dan Eksais Diraja juga akan memperkenalkan sistem QR code untuk mengimbas (scan) pas VES.

 


 April 29th, 2018  |  13:09 PM  |   30045 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sebagai usaha berterusan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja dalam mempertingkatkan pemberian perkhidmatan kepada para pedagang dan orang ramai, jabatan berkenaan akan melaksanakan insiatif permohonan mendapatkan kebenaran keluar/masuk kenderaan secara online (Vehicle Exit/Entry System) atau VES.

 

Sistem tersebut akan memudahcara dan mempercepatkan proses memohon kebenaran membawa kenderaan melepasi sempadan melalui Pos-pos Kawalan dengan membuat permohonan secara online melalui portal JKED di alamat www.bdnsw.gov.bn yang dapat diakses di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.

 

Pelaksanaan sistem VES ini akan menggantikan sistem manual menggunakan borang yang digunapakai pada masa ini.

 

Ini diharapkan dapat mengurangkan kesesakan di Pos-pos Kawalan bagi tujuan mengisi borang kenderaan.

 

Sehubungan dengan penggunaan sistem itu nanti, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja juga akan memperkenalkan sistem QR code untuk mengimbas (scan) pas VES yang setentunya akan dapat mengurangkan masa menunggu dan masa bagi memasukkan data ke dalam sistem.

 

Jabatan Kastam dan Eksais Diraja juga menyeru orang ramai untuk menggunakan sistem online tersebut dan mendapatkan pas VES terlebih dahulu sebelum membuat urusan merentas sempadan dengan mendaftarkan kenderaan masing-masing melalui sistem VES secara online lebih awal sebelum tarikh dan waktu perjalanan/urusan.

 

Di samping itu, orang ramai iaitu pemilik-pemilik kenderaan adalah digalakkan untuk mengemaskini maklumat emel di dalam Sistem Pengangkutan Darat (SPD) bagi membolehkan notifikasi kepada pemilik kenderaan setiap kali kenderaan tersebut didaftarkan di dalam sistem VES.

 

 

Pas VES itu juga boleh disimpan dalam format digital dan dimuat naik ke dalam telefon pintar, tablet dan sebagainya ataupun dicetak ke atas kertas mengikut pilihan masing-masing.

 

Para pengguna hendaklah mengimbas pas VES di mesin pengimbas yang disediakn di Pos-pos Kawalan.

 

Tempoh sah laku pas VES ialah selama tiga bulan bermula tarikh pendaftaran.

 

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody

 2024-05-18 04:32:54

China Pours Billions Into Crisis-Hit Property Market

 2024-05-18 00:24:55