FacebookInstagramTwitterContact

 

An Evidence-Based Guide To Brain Foods That Improve Memory And Focus           >>           Scientists Look At The Anti-Diabetes Potential Of Rhaponticum Acaule Essential Oil           >>           Stand Up Every Now And Then: Sitting In Front Of A Desk For Hours On End Increases Your Risk Of Type 2 Diabetes           >>           Dream Chaser Space Plane Arrives In Florida Ahead Of 1st Launch To ISS (Photo)           >>           Sonos Ace Headphones Hands-On: Joining Your Home Theater Setup With The Push Of A Button           >>           Microsoft teams up with Khan Academy to make the Khanmigo AI teaching assistant free           >>           The DOJ makes its first known arrest for AI-generated CSAM           >>           Angel Reese Buys Stake In DC Power FC Women's Soccer Team           >>           Euro 2024: Cristiano Ronaldo In Portugal Squad, Breaks Record           >>           Australia Confirms Sam Kerr To Miss Paris Olympics           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Mencemari Alam Sekitar Dikenakan Denda Kompaun


PENCEMARAN alam sekitar jika tidak dibendung dari peringkat awal akan menjadi sumber punca penyakit berjangkit.

 


 April 29th, 2018  |  13:22 PM  |   1563 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Dalam memastikan kebersihan dan keindahan persekitaran di negara ini tidak dicemari, Jabatan Daerah Brunei Muara (JDBM) mengambil langkah menguatkuasakan peraturan-peraturan undang-undang mengenai kebersihan, termasuk penyimpanan dan membiarkan kenderaan di kawasan-kawasan letak kereta premis perniagaan dan kawasan awam.

 

Sehubungan itu, JDBM melalui Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan telah melaksanakan Operasi Penguatkuasaan di kawasan-kawasan persekitaran Kampung Mulaut, Kampung Lambak, Kampung Junjungan, Kampung Jerudong, Kampung Bengkurong dan juga Kampung Tanjung Nangka.

 

Hasil dari operasi tersebut, sebanyak 11 buah syarikat telah dikenakan denda kompaun di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil (Penggal 30), kerana didapati meletakkan dan melonggokkan sampah sarap di kawasan awam yang tidak sepatutnya dijadikan tempat melonggokkan sampah, serta gagal memastikan kawasan tersebut dalam berkeadaan bersih dan terkawal.

 

 Ini adalah satu punca pencemaran alam sekitar, jika perkara ini tidak dibendung dari peringkat awal terutama sekali risiko dari sampah tersebut dibawa oleh haiwan-haiwan liar, ianya akan menjadi sumber punca penyakit berjangkit dan sebagainya.

 

 Syarikat-syarikat yang dikenakan denda kompaun tersebut ialah Syarikat Ariestimes Sdn. Bhd., Syarikat Abdur Rahim, Aiking Trading Co. Sdn. Bhd., DHJ Electrical Engineer, Syarikat Abdullah Sdn. Bhd. dan Mustawa Sdn. Bhd. yang telah dikenakan denda sebanyak BND500.00 bagi setiap sebuah syarikat.  Manakala Restoran Hayati, Syarikat Hama Department Store, Kuzer Shop, Hakmah Jaya Sdn. Bhd. dan Lian Fu Restaurant and Catering telah dikenakan denda sebanyak BND200.00 bagi setiap sebuah syarikat.

 

 Kesemua syarikat diarahkan untuk menjelaskan pembayaran denda kompaun dalam tempoh satu minggu serta melaksanakan kerja pembersihan kawasan-kawasan berkenaan. Jika gagal, JDBM akan mengambil tindakan selanjutnya.

 

 Dalam operasi berasingan, JDBM juga melaksanakan operasi pemindahan kenderaan-kenderaan terbiar, tertumpu di kawasan Kampung Lambak, Kawasan Komersial Bangunan Lela, Kampung Jerudong dan kawasan persekitaran komersial Simpang 1080 Kampung Kilanas.

 

 Dalam operasi kali ini, sebanyak lapan buah kenderaan terbiar berjaya dipindahkan ke tapak pelupusan Kampung Sinaut, Tutong bagi tindakan selanjutnya.

 

Turut serta dalam Operasi Penguatkuasaan dan pemindahan kenderaan-kenderaan terbiar adalah Syarikat M.Han Enterprise, Syarikat Dyg. Limah dan Anak-Anak Sdn. Bhd. serta Pegawai-pegawai Penguatkuasa dari Jabatan Daerah Tutong.

 

Oleh yang demikian JDBM mengingatkan orang ramai supaya tidak meninggalkan dan meletakkan kenderaan-kenderaan terbiar di tempat awam, premis-premis perniagaan dan kawasan-kawasan bengkel, dalam sama-sama menjaga kebersihan kawasan persekitaran awam dari segala kotoran dan pencemaran. JDBM akan sentiasa memantau dan mengambil tindakan kepada mereka yang gagal mematuhi undang-undang berkaitan kebersihan Negara Brunei Darussalam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight

 2024-05-22 02:17:53

Familiar Foes Meet Again As 2024 ASEAN Championship Delivers Causeway Derby

 2024-05-22 10:42:08