FacebookInstagramTwitterContact

 

Ditch Harmful VEGETABLE OILS For These Healthy Substitutes           >>           Replace Ultra-Processed Foods With These HEALTHY Alternatives           >>           Liam Hemsworth And Gabriella Brooks Rare Date Night Photos Will Leave You Hungering For More           >>           See Taylor Swift And Travis Kelce Kiss During Enchanted Lake Como Boat Date           >>           NASA's Juno Probe Captures Fascinating High-Resolution Images Of Jupiter's Icy Moon Europa           >>           A Fallout Crossover Is Coming To Fortnite           >>           The Openai Team Tasked With Protecting Humanity Is No More           >>           Youtube Reportedly Agrees To Block Videos Of Hong Kong’s Protest Song Inside The Region           >>           Gaza War: UN Defends Casualty Tally Amid Israeli Anger           >>           Row Over North Macedonia's Name Flares Up Again           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Ekonomi Negara Tumbuh 1.3 Peratus Pada 2017


 


 April 29th, 2018  |  13:44 PM  |   326 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ekonomi Negara Brunei Darussalam pada tahun 2017 tumbuh sebanyak 1.3 peratus berbanding penurunan sebanyak 2.5 peratus pada tahun 2016. Pencapaian ini dicapai selepas pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) suku keempat pada kadar 5.2 peratus tahun-ke-tahun.

 

Menurut Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE), pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.2 peratus tahun-ke-tahun pada suku keempat 2017 tersebut dipacu oleh permintaan luar iaitu eksport barangan dan perkhidmatan yang meningkat sebanyak 18.6 peratus, setelah mengalami penurunan sebanyak 8.7 pada suku sebelumnya. Permintaan dalam negeri juga mencatatkan pertumbuhan, khususnya perbelanjaan kapital sektor swasta yang terus berkembang pada kadar 44.9 peratus, setelah meningkat sebanyak 2.5 peratus pada suku sebelumnya.

 

Dari segi penawaran (supply), pertumbuhan positif tahun-ke-tahun pada suku keempat 2017 didorong terutamanya oleh Sektor Industri yang terus meningkat sebanyak 9.1 peratus. Prestasi ini didukung terutamanya oleh Sektor Pembuatan Gas Cecair Asli (Liquefied Natural Gas (LNG)) dan Metanol dengan pertumbuhan sebanyak 30.9 peratus berikutan pengeluaran LNG yang meningkat kepada 1,032,050 MMBtu sehari pada Q4 2017 berbanding 796,030 MMBtu sehari pada Q4 2016. Ini diikuti oleh Sektor Pembinaan dengan pertumbuhan sebanyak 15.0 peratus, Elektrik dan Air berkembang sebanyak 11.0 peratus, dan Perlombongan Minyak dan Gas berkembang sebanyak 3.2 peratus berikutan peningkatan pengeluaran gas asli sebanyak 20.5 peratus iaitu daripada 30.1 juta meter padu sehari pada Q4 2016 kepada 36.3 juta meter padu sehari pada Q4 2017.

 

Manakala, Sektor Perkhidmatan menurun sebanyak 0.5 peratus tahun-ke-tahun. Penurunan ini adalah disebabkan oleh antaralainnya penurunan dalam Perkhidmatan Kerajaan sebanyak 4.1 peratus dan Perkhidmatan Pendidikan sebanyak 7.9 peratus. Walaubagaimanapun, Sektor Pengangkutan Air telah meningkat secara signifikan iaitu sebanyak 25.2 peratus sejajar dengan perkembangan eksport LNG.

 

Sektor Pertanian, Perhutanan dan  Perikanan juga mencatatkan penurunan sebanyak 6.6 peratus berikutan kemerosotan dalam pengeluaran Sektor Perhutanan dan Perikanan. Sektor Perhutanan menurun mengambilkira penurunan dalam pengeluaran kayu balak bulat dan bakau jeras. Manakala, prestasi Sektor Perikanan mengambilkira penurunan dalam industri tangkapan. Walaubagaimanapun, Sektor Ternakan mencatatkan pertumbuhan 0.4 peratus didukung oleh peningkatan dalam aktiviti pengeluaran lembu, kambing dan pelbagai ternakan.

 

KDNK adalah ukuran bagi jumlah nilai barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam tempoh tertentu setelah ditolak kos barangan dan perkhidmatan yang digunakan dalam proses pengeluaran. Laporan penuh KDNK Suku Keempat 2017 boleh didapati melalui laman sesawang JPKE: www.depd.gov.bn.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody

 2024-05-18 04:32:54

China Pours Billions Into Crisis-Hit Property Market

 2024-05-18 00:24:55