Home > Bahasa Melayu
Penutup Kursus Asas Pengendalian Tempat Jenayah
PARA Peserta Kursus Asas Pengendalian Tempat Jenayah sesi 01/2018 bergambar ramai bersama Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Penolong Pesuruhjaya Polis, Haji Mohammad Hassan Bin Pehin Penyurat Haji Ahmad.
April 29th, 2018 | 13:53 PM | 957 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kursus Asas Pengendalian Tempat Jenayah sesi 01/2018 diakhiri dengan majlis penyampaian sijil yang diadakan di Dewan Serbaguna, Pusat Latihan Polis Gadong.
Kursus yang berjalan selama lapan minggu tersebut disertai seramai 13 anggota dari Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) dan dua pegawai dari Bahagian Penguatkuasa Ugama, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU).
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Penolong Pesuruhjaya Polis, Haji Mohammad Hassan bin Pehin Penyurat Haji Ahmad.
Turut disampaikan ialah sijil bagi peserta kursus terbaik kepada Tajudin bin Taji.
Objektif kursus antara lain adalah bagi mempersiapkan anggota pasukan dengan ilmu pengetahuan dan juga kemahiran dalam menangani pengendalian tempat kejadian dan pengendalian bahan bukti.
Dalam pada itu, pengendalian tempat kejadian jenayah merupakan proses penyiasatan yang terawal dan sangat penting kerana ianya boleh membantu penyelesaian kertas penyiasatan yang dijalankan.
Kaedah itu harus dilakukan dengan teliti serta memenuhi dan mematuhi syarat-syarat yang diiktiraf oleh pihak mahkamah.
Juga hadir pada majlis tersebut, Pegawai-Pegawai Kanan Pasukan PDB, Pegawai Bahagian Penguatkuasa Ugama, KHEU dan Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]