Home > Bahasa Melayu
Jualan Amal Peluang Promosi Pelbagai Produk
HADIR merasmikan bazar berkenaan ialah Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Amir Hisham bin Haji Masri.
April 29th, 2018 | 13:58 PM | 378 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kumpulan Muslimah Masjid Rancangan Perumahan Negara (RPN) Lambak Kanan mengadakan Bazar Jualan Amal selama sembilan hari bermula hari ini, bertempat di kawasan lapang Masjid RPN Lambak Kanan, di sini.
Hadir merasmikan bazar berkenaan ialah Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Amir Hisham bin Haji Masri.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti Pelancaran Jualan Amal dan lawatan ke petak jualan.
Dalam pada itu, kesemua hasil daripada jualan amal tersebut akan disumbangkan kepada masjid-masjid di Lambak Kanan, yang mana ia merupakan sebahagian daripada tanggungjawab kepada masyarakat.
Bazar Jualan Amal antara lain bertujuan bagi memberikan peluang kepada peniaga tempatan yang terlibat mempamerkan pelbagai jualan makanan mereka kepada para pengunjung yang hadir.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]