FacebookInstagramTwitterContact

 

A Fallout Crossover Is Coming To Fortnite           >>           The Openai Team Tasked With Protecting Humanity Is No More           >>           Youtube Reportedly Agrees To Block Videos Of Hong Kong’s Protest Song Inside The Region           >>           Gaza War: UN Defends Casualty Tally Amid Israeli Anger           >>           Row Over North Macedonia's Name Flares Up Again           >>           US Confirms First Aid Trucks Arrive Via Gaza Pier           >>           Mass Wedding For Nigeria Orphans Sparks Outcry           >>           'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody           >>           Weather Photography Exhibition           >>           Students Platform Idea Presentation           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Ahli MP3B PB Disarankan Imbangi Tugas Dengan Peranan


LAFAZ ikrar dari Ahli Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2018/2019.

 


 April 29th, 2018  |  14:08 PM  |   1176 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Politeknik Brunei (PB) mengadakan Majlis Pembubaran Ahli Majlis Perwakilan Pelajar PB (MP3B) Sesi 2017/2018 dan Perlantikan Ahli-Ahli Baharu Majlis Perwakilan Pelajar PB (MP3B) Sesi 2018/2019 di Dewan Auditorium, Jabatan Penerangan, Lapangan Terbang Lama Berakas, di sini.

 

Seramai 33 Ahli MP3B  sesi 2017/2018 telah menerima sijil penghargaan dari PB di atas sumbangan serta komitmen yang mereka telah berikan sepanjang perkhidmatan selaku Ahli Majlis Perwakilan Pelajar PB.

 

Majlis juga diselitkan dengan penandatanganan penyerahan tugas dari Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2017/2018 kepada Yang Dipertua MP3B sesi 2018/2019 dengan disaksikan oleh Pengarah PB, Denis Ho Mun Tai selaku tetamu kehormat diikuti dengan lafaz ikrar dari Ahli Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2018/2019.

 

Pengarah Politeknik Brunei, Awang Denis Ho Mun Tai semasa berucap menyeru Ahli-ahli MP3B supaya sentiasa pandai mengimbangi antara tugas dan peranan sebagai ahli MPP, dan juga tanggungjawab selaku pelajar, kerana pencapaian ahli MP3B di bidang akademik tegasnya adalah sangat penting.

 

''Jika ahli MPP dapat mengemudi kedua-dua peranan ini dengan seimbangnya maka mereka boleh dikatakan benar-benar telah berjaya sebagai modal insan yang diimpikan bukan hanya oleh PB malah oleh negara, bangsa dan agama,'' tambahnya.

 

Di majlis tersebut, Pengarah PB juga menyeru agar barisan MPP baharu ini akan lebih bergiat aktif dan melipatgandakan usaha, kerjasama, serta inisiatif dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti keugamaan, kerja-kerja sukarelawan dan kemasyarakatan, termasuk juga program 'outreach' yang selaras dengan Misi dan Visi PB.

 

Majlis juga diselitkan dengan penandatanganan penyerahan tugas dari Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2017/2018 kepada Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2018/2019 dengan disaksikan oleh Pengarah PB dan diikuti dengan lafaz ikrar dari Ahli Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2018/2019.

 

Awang Mohammad Shamsul Bazli Bashreen bin Awang Haji Mohammad Shamsul Bashreen telah dilantik menjadi Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar PB (MP3B) Sesi 2018/2019 menggantikan Awang Adib Rifa'ie bin Md Adri, Mantan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar PB (MP3B) Sesi 2017/2018.

 

Majlis juga diselajurkan dengan penyampaian sijil kepada Ahli Komiti Tertinggi peringkat sekolah sebagai tanda apresiasi di atas komitmen mereka berikan terhadap kelancaran aktiviti pelajar sepanjang tahun.

 

Sepanjang penubuhan Majlis Perwakilan Pelajar PB dengan bantuan dan nasihat dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar PB telah mengungkayahkan aktiviti-aktiviti yang berdasarkan secara holistik demi membantu pelajar-pelajar mendapatkan pengalaman serta kemahiran yang diperlukan demi untuk menjadi belia yang berwawasan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody

 2024-05-18 04:32:54

China Pours Billions Into Crisis-Hit Property Market

 2024-05-18 00:24:55