FacebookInstagramTwitterContact

 

Mysterious Eerie Pillars Of Light Appeared In The Sky But The Source Is Very Mundane           >>           Improve Cognitive Performance And Attention With Good Fats And Nutrition           >>           7 Reasons To Drink Warm Water Every Day           >>           New Research Places The Sun's Magnetic Field Close To The Surface, Upending Decades Of Theories           >>           Temporary Half Lane Closure           >>           Anker Power Banks Are Up To Half Off Ahead Of Memorial Day Weekend           >>           Openai Will Reportedly Pay $250 Million To Put News Corp's Journalism In Chatgpt           >>           JPMC College of Health Sciences Open Day           >>           Various Activities in conjunction with Brunei Malay Quatrain Festival           >>           Bluesky Finally Has Dms, With Encrypted Messaging Coming ‘Down The Line’           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Projek Rintis Kurangkan Kemalangan Penunggang Motosikal


ANTARA yang hadir di Majlis Projek Rintis Menanamkan Sikap Menunggang Motosikal Yang Selamat (Safe Riding) Bagi Penunggang Motosikal di Negara Brunei Darussalam.

 


 April 29th, 2018  |  14:13 PM  |   1044 views

SUNGAI AKAR

 

Dalam usaha berterusan Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) ke arah meningkatkan kesedaran dan pengetahuan serta menanamkan sikap menunggang motosikal yang selamat dan berhemah, satu projek rintis dengan kerjasama Persatuan Motosikal Darussalam (PEMODA) serta persatuan-persatuan motosikal berdaftar dilancarkan  di Kompleks Litar dan Latihan Memandu, Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan pelancaran projek tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad selaku Timbalan Pengerusi II MKKJR 2018.

 

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Dr. Awang Haji Supry bin Haji Awang Ladi selaku Setiausaha MKKJR 2018; Pemangku Pengarah JPD, Pengiran Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; Yang Di-Pertua PEMODA, Pengiran Haji Redzuan bin Pengiran Haji Ahmad; Pegawai Kanan Kementerian Perhubungan; Pengusaha-Pengusaha Sekolah Memandu dan ahli-ahli persatuan motosikal berdaftar.

 

Pengiran Amirrizal dalam ucapan alu-aluan menjelaskan, Projek Rintis selama enam bulan tersebut, merupakan langkah awal JPD dalam menggubal kurikulum sekolah memandu khusus bagi motosikal, agar tatacara pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.

 

Tambahnya, taklimat yang akan disampaikan oleh jurulatih terdiri daripada agensi bukan kerajaan (NGO) ini juga dihasrat akan dapat membantu mengurangkan dan menangani isu-isu melibatkan kemalangan motosikal yang semakin meningkat.

 

Menurutnya lagi, Projek Rintis ini akan melibatkan pelatih-pelatih yang baru lulus ujian motosikal, posmen, penunggang motosikal syarikat penghantar makanan dan barangan serta surat khabar.

 

Sesi taklimat yang akan diadakan pada setiap Sabtu berkenaan akan menyentuh aspek teori dan latihan praktikal berkaitan amalan menunggang motosikal yang baik, sama ada menunggang secara berseorangan atau berkumpulan.

 

Bagi pelatih yang baharu lulus lesen kelas memandu motosikal, taklimat ini adalah merupakan salah satu syarat yang perlu mereka ikuti sebelum menerima lesen memandu.

 

Majlis diselajurkan dengan sesi penyerahan sijil pengiktirafan penyampai taklimat kepada ahli-ahli PEMODA yang terpilih dan sesi taklimat yang disampaikan oleh Yang Di-Pertua PEMODA.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight

 2024-05-22 02:17:53

Airline To 'Better Manage' Flights With AI Use

 2024-05-23 00:53:05