Home > Bahasa Melayu
Lao PDR Cerahkan Peluang Mara Ke Separuh Akhir
SEBAHAGIAN daripada aksi perlawananPASUKAN Lao PDR PASUKAN KembojaSEBAHAGIAN daripada aksi perlawananPASUKAN Lao PDR
April 29th, 2018 | 14:24 PM | 342 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Bangkit dari kekalahan kepada Pasukan Singapura pada Rabu lepas dalam aksi Piala Hassanal Bolkiah Kejohanan Bola Sepak Bagi Belia ASEAN 2018 (HBT 2018), Pasukan Lao PDR menebus kembali kekalahannya dengan menewaskan Kemboja, 2 – 1.
Permainan pada separuh masa pertama didominasi oleh pasukan Kemboja setelah berjaya menembusi gawang Lao PDR pada minit ke-15 hasil jaringan pemain jersi 12, Sos Suhana.
Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, pasukan anak didik Mehmen Fatih Kale mula bangkit pada separuh masa kedua apabila pemain berjersi 22, Phithack Kongmathilath berjaya menjaringkan gol pada minit ke-69.
Phithack Kongmathilath sekali lagi berjaya membolosi gawang lawan hasil dari sepakan percuma pada masa kecederaan pada minit ke-93 sekaligus membawakan kejayaan kepada pasukan Lao PDR.
Dalam sidang media bersama Ketua Jurulatih pasukan Kemboja, Prak Sovannara menjelaskan, walaupun pasukannya banyak melakukan kesilapan semasa perlawanan menentang Lao PDR, namun masih ada harapan untuk pemain-pemain Kemboja untuk bangkit dari kesilapan mereka apabila menentang Singapura pada 30 April ini di Balapan dan Padang, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
Sementara itu, Ketua Jurulatih Pasukan Lao PDR, Mehmen Fatih Kale berkata, perubahan strategi pada separuh masa kedua telah membuahkan hasil kepada permainan anak didiknya sehingga memperoleh kemenangan.
Dengan kemenangan itu, Lao PDR kini selesa berada di tangga kedua dalam Kumpulan B.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]