FacebookInstagramTwitterContact

 

Ditch Harmful VEGETABLE OILS For These Healthy Substitutes           >>           Replace Ultra-Processed Foods With These HEALTHY Alternatives           >>           Liam Hemsworth And Gabriella Brooks Rare Date Night Photos Will Leave You Hungering For More           >>           See Taylor Swift And Travis Kelce Kiss During Enchanted Lake Como Boat Date           >>           NASA's Juno Probe Captures Fascinating High-Resolution Images Of Jupiter's Icy Moon Europa           >>           A Fallout Crossover Is Coming To Fortnite           >>           The Openai Team Tasked With Protecting Humanity Is No More           >>           Youtube Reportedly Agrees To Block Videos Of Hong Kong’s Protest Song Inside The Region           >>           Gaza War: UN Defends Casualty Tally Amid Israeli Anger           >>           Row Over North Macedonia's Name Flares Up Again           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bicara Sejarah Kumpul Pensejarahan Perkhidmatan Pos


MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan semasa menyaksikan Pameran Bicara Sejarah ‘Perkhidmatan Pos Negara Brunei Darussalam: Sejarah dan Perkembangannya’

 


 April 29th, 2018  |  14:41 PM  |   1354 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pusat Sejarah Brunei (PSB) dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Pos telah mengadakan Majlis Perasmian Bicara Sejarah 'Perkhidmatan Pos Negara Brunei Darussalam: Sejarah dan Perkembangannya' yang berlangsung di Dewan Jawatan Dalam, Bangunan PSB, di ibu negara.

 

Perasmian program tersebut disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin selaku tetamu kehormat.

 

Pemangku Timbalan Pengetua PSB, Pengiran Hajah Mahani binti Pengiran Haji Ahmad dalam ucapan alu-aluannya selaku Pengerusi Bersama Majlis berkata, program Bicara Sejarah itu diadakan sebagai salah satu usaha PSB untuk mendekatkan sejarah kepada setiap lapisan masyarakat di negara ini terutama sekali generasi belia, para remaja dan penuntut sekolah.

 

Pemilihan Bicara Sejarah mengenai dengan perkhidmatan pos adalah kerana ia merupakan salah satu perkhidmatan yang tertua di Negara Brunei Darussalam dan mempunyai nilai sejarah yang penting.

 

Seramai tiga orang pembentang telah diundang bagi membincangkan mengenai Sejarah Perkhidmatan Pos Negara Brunei Darussalam: Sejarah dan Perkembangannya iaitu Awang Haji Mohd. Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos; Penolong Ketua Pos Agung di Jabatan Perkhidmatan Pos, Awang Hamir Bin Mohamad Salleh, dan Awang Haji Bakar bin Haji Berudin dari Persatuan Filatelik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

 

Sesi perbincangan itu dipengerusikan oleh Pegawai Kerja PSB, Awang Haji Muhaimin bin Haji Mohamed.

 

Objektif Bicara Sejarah adalah untuk menonjolkan dan memberigakan sejarah awal kewujudan perkhidmatan pos di Negara Brunei Darussalam kepada orang ramai terutama generasi baru dalam kalangan belia, di samping menarik minat orang ramai untuk mengumpul tentang pensejarahan perkhidmatan pos di Negara Brunei Darussalam.

 

Turut diadakan ialah Pameran Perkhidmatan Pos Negara Brunei Darussalam: Sejarah dan Perkembangannya selama tiga hari bermula 28 hingga 30 April 2018 di Galeri Sejarah, Bangunan PSB.

 

Sementara itu, pada hari Ahad, 29 April 2018, pameran juga akan diselajurkan dengan 'Bandarku Ceria', di samping aktiviti-aktiviti Bicara Sejarah untuk orang ramai.

 

Peserta-peserta pameran adalah terdiri daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Pos, Kementerian Perhubungan Bandar Seri Begawan, koleksi peribadi Awang Haji Mohd. Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos dan koleksi peribadi Awang Haji Bakar bin Haji Berudin.

 

Di samping itu, pameran turut disertai oleh peserta luar negara iaitu terdiri daripada Perkumpulan Filatelis Indonesia, Kalimantan Barat dan Kelab Setem Persaudaraan MBHT Kuching di bawah undangan Persatuan Filatelik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody

 2024-05-18 04:32:54

China Pours Billions Into Crisis-Hit Property Market

 2024-05-18 00:24:55