FacebookInstagramTwitterContact

 

Ditch Harmful VEGETABLE OILS For These Healthy Substitutes           >>           Replace Ultra-Processed Foods With These HEALTHY Alternatives           >>           Liam Hemsworth And Gabriella Brooks Rare Date Night Photos Will Leave You Hungering For More           >>           See Taylor Swift And Travis Kelce Kiss During Enchanted Lake Como Boat Date           >>           NASA's Juno Probe Captures Fascinating High-Resolution Images Of Jupiter's Icy Moon Europa           >>           A Fallout Crossover Is Coming To Fortnite           >>           The Openai Team Tasked With Protecting Humanity Is No More           >>           Youtube Reportedly Agrees To Block Videos Of Hong Kong’s Protest Song Inside The Region           >>           Gaza War: UN Defends Casualty Tally Amid Israeli Anger           >>           Row Over North Macedonia's Name Flares Up Again           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


457 Dikurniakan Pingat Kehormatan NBD


BERANGKAT mengurniakan Pingat-Pingat Kehormatan Negara, selaku Wakil Peribadi Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhta

 


 April 29th, 2018  |  14:59 PM  |   899 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam kepada 457 penerima yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Ke-71 Tahun.

 

Berangkat mengurniakan Pingat-Pingat Kehormatan Negara, selaku Wakil Peribadi Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Timbalan Sultan.

 

Juga berangkat pada Istiadat Pengurniaan Pingat tersebut yang berlangsung di Balai Singgahsana Indera Kenchana, Istana Nurul Iman ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik.

 

Pengurniaan pingat-pingat dimulakan dengan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) kepada 25 penerima iaitu 20 lelaki dan 5 perempuan yang didahului oleh Awang Muhammad Faisal bin Pehin Datu Juragan Laila Diraja Kolonel (B) Dato Seri Pahlawan Haji Kefli dari Jabatan Perdana Menteri.

 

Para penerima mewakili JPM, Kementerian Pertahanan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), Kementerian Perhubungan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

 

Sementara Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B) pula dikurniakan kepada 338 penerima iaitu 224 lelaki dan 114 perempuan terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan yang didahului oleh Awang Roshimey bin Haji Ibrahim dari JPM.

 

Penerima P.I.K.B. terdiri daripada 52 orang daripada pegawai dan kakitangan JPM; 131 dari Kementerian Pertahanan; 3 dari Kementerian Kewangan; 4 dari Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan; 79 dari KHEDN; 34 dari Kementerian Pembangunan; 7 dari KSSUP; dan 28 orang dari Kementerian Perhubungan.

 

Dua pingat baharu iaitu Pingat Pahlawan Periwara (P.P) dan Pingat Asgar Pahlawan (A.P) juga disampaikan pada majlis penganugerahan tersebut.

 

Para penerima terdiri daripada perwira-perwira Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Kementerian Pertahanan yang telah menyumbangkan jasa dan bakti mereka dengan mengharumkan nama negara di persada dunia.

 

Penerima P.P terdiri daripada 88 orang iaitu 83 lelaki dan 5 perempuan, manakala Pingat A.P diterima oleh seramai 6 orang penerima.

 

Bagi memberkati Istiadat Pengurniaan Pingat tersebut, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal.

 

Juga hadir ialah Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria; Menteri-Menteri Kabinet; Ahli-ahli Majlis Mesyuarat; Timbalan-Timbalan Menteri; Pengiran-Pengiran Peranakan; Pehin-Pehin Manteri; Manteri-Manteri Pendalaman; Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi; Duta-Duta Besar; Setiausaha-Setiausaha Tetap; Ketua-ketua Jabatan; Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan, Penghulu-penghulu Mukim serta Ketua-ketua Kampung.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody

 2024-05-18 04:32:54

China Pours Billions Into Crisis-Hit Property Market

 2024-05-18 00:24:55