Home > Bahasa Melayu
Berangkat Meninggalkan Republik Singapura
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat meninggalka
April 29th, 2018 | 15:28 PM | 442 views
SINGAPURA
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan berangkat meninggalkan Republik Singapura selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-32.
Sebelum berangkat meninggalkan hotel persemayaman baginda, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.
Berada di Kompleks VIP, Lapangan Terbang Antarabangsa Changi bagi menyembahkan selamat berangkat Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Menteri Negara Kanan bagi Kesihatan dan Pengangkutan, Republik Singapura, Dr. Lam Pin Min.
Turut hadir bagi menyembahkan selamat berangkat Kehadapan Majlis Kebawah DYMM ialah Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Haji Awang Saifulbahri bin Haji Mansor.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]