Home > Bahasa Melayu
Brunei - Myanmar Bincang Kerjasama Dua Hala
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengadakan perjumpaan
April 29th, 2018 | 15:35 PM | 502 views
REPUBLIK SINGAPURA
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengadakan perjumpaan dua hala dengan Presiden Republik Kesatuan Myanmar, Tuan Yang Terutama U Win Myint.
Perjumpaan dua hala tersebut berlangsung di Hotel Shangri-La, Republik Singapura.
Semasa perjumpaan dua hala tersebut, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan TYT Presiden Republik Kesatuan Myanmar berbincang mengenai isu-isu semasa, serta bertukar-tukar pandangan mengenai hal ehwal serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama, termasuk kerjasama dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Kesatuan Myanmar.
Hubungan diplomatik antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Kesatuan Myanmar telah dijalin pada 21 September 1993.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]