Home > Bahasa Melayu
Sesi Percambahan Fikiran Peserta Perkampungan Sivik
SUASANA Sesi Percambahan Fikiran secara Berkumpulan tersebut.
April 30th, 2018 | 17:15 PM | 623 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Program Perkampungan Sivik diteruskan lagi dengan Sesi Percambahan Fikiran secara Berkumpulan yang diadakan di Bilik Serbaguna 2, Kompleks Sukan Sungai Kebun, di sini.
Seramai 21 peserta menyertai perkampungan kali ini yang terdiri daripada para lepasan ijazah dari institusi-institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.
Hadir bersama ialah Pegawai Penerangan, Dayang Hajah Hamsah binti Datu Kerna Haji Jaya selaku Ketua Unit Kenegaraan.
Pada sesi tersebut para peserta mendengarkan perkongsian mengenai pembuatan video yang disampaikan oleh Pemangku Pegawai Luar Penerangan, Awang Muhamad Asri Haji Awang Abas dari Unit IT dan Media Baharu, Jabatan Penerangan.
Beliau antara lain menjelaskan tentang perkara-perkara dan tips-tips penting dalam pembuatan video, iaitu dengan menyampaikan cerita-cerita agar mendapat tarikan daripada para penonton.
Para peserta Program Perkampungan Sivik akan berkampung di Dewan Kompleks Sungai Kebun selama enam hari lima malam serta berpeluang mengikuti pelbagai sesi perkampungan, termasuk taklimat, aktiviti keagamaan dan lawatan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]