Home > Bahasa Melayu
Anak Yatim RPN Mentiri Terima Sumbangan
PEGAWAI Daerah Brunei dan Muara, Awang Haji Misle bin Haji Abdul Karim menyampaikan derma kepada kepada anak-anak yatim RPN Mentiri.
April 30th, 2018 | 17:20 PM | 482 views
MUKIM MENTIR
Majlis Perundingan Kampung (MPK) Mentiri dan Ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Hassanal Bolkiah, Kampung Mentiri i mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Arwah Sekampung di masjid tersebut.
Hadir selaku tetamu majlis tersebut, Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Amir Hisham bin Haji Masri.
Majlis dimulakan dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah Sekampung dan seterusnya penyampaian derma kepada 16 anak yatim Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Mentiri Kawasan I dan 39 anak-anak yatim bagi RPN Kampung Mentiri Kawasan II yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Brunei, Awang Misle bin Haji Abdul Karim.
Dengan adanya sumbangan derma tersebut diharap akan dapat menampung perbelanjaan para penerima lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang bakal menjelang.
Majlis diikuti dengan penyampaian wakaf kenderaan jenazah yang diserahkan oleh Awang Misle bin Haji Abdul Karim kepada tetamu kehormat, yang seterusnya menyerahkan kepada imam masjid berkenaan.
Antara tujuan majlis diadakan ialah untuk mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan penduduk-penduduk kampung, selain sebagai salah satu aktiviti tahunan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid berkenaan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]