FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Jabatan Penerangan Adakan Program Perkampungan Sivik Lepasan Ijazah


PEMANGKU Pengarah Penerangan, Awang Mawardi bin Haji Mohammad bergambar ramai bersama para peserta Program Perkampungan Sivik Lepasan Ijazah Negara Brunei Darussalam Kali Pertama 2018.

 


 April 30th, 2018  |  18:30 PM  |   1527 views

BERAKAS

 

Peserta perkampungan sivik lepasan ijazah merupakan bakal pemimpin yang akan meneruskan 'survival' bangsa dan negara, dari itu mereka perlu diberikan kefahaman dan maklumat mengenai falsafah, aspirasi dan matlamat negara supaya mereka ini nanti akan dapat mengimbangi pengetahuan akademik mereka.

 

Sejajar dengan perkembangan semasa seperti peluang pekerjaan yang lebih mencabar, para peserta perlu didedahkan dengan pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang berguna sebagai persediaan mereka untuk mencari pekerjaan atau sebelum masuk ke alam pekerjaan.

 

Perkara tersebut antara yang ditekankan oleh Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Mawardi bin Haji Mohammad pada Majlis Pembukaan Program Perkampungan Sivik Lepasan Ijazah Negara Brunei Darussalam Kali Pertama 2018 yang diadakan di Dewan Auditorium, Bangunan Tambahan Jabatan Penerangan di sini.

 

Tambahnya, program tersebut diharapkan menjadi salah satu platform bagi mempersiapkan diri sebagai generasi berwawasan, berkualiti, memiliki kemahiran tinggi serta mampu berdikari tanpa mengharap bantuan orang lain.

 

''Pada masa yang sama, para lepasan ijazah diharap akan mampu berfikir secara kreatif dan kritis, khususnya untuk mencapai Wawasan 2035, sekali gus mampu merebut peluang-peluang pekerjaan, bukan saja di sektor kerajaan, tetapi juga di sektor swasta,'' tegas beliau lagi.

 

Program kelolaan Jabatan Penerangan melalui Unit Kenegaraan Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan tersebut melibatkan seramai 20 peserta terdiri daripada lepasan ijazah dari institusi-institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara, yang mana mereka akan berkampung selama enam hari lima malam (29 April - 4 Mei) di Dewan Kompleks Sukan Sungai Kebun.

 

Selain menjalani sesi Ice Breaking dan Team Building yang dikendalikan oleh Outward Bound Brunei Darussalam (OBBD), para peserta juga berpeluang untuk mengikuti pelbagai bentuk sesi perkampungan termasuk taklimat dan sesi dialog, lawatan ke jabatan-jabatan kerajaan dan swasta termasuk perusahaan kecil dan sederhana, sesi percambahan fikiran secara berkumpulan, aktiviti berpasukan, sukan dan riadah, aktiviti keagamaan serta kempen kebersihan.

 

Terdahulu, taklimat ringkas mengenai program berkenaan disampaikan oleh Ketua Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan, Dayang Hajah Hamsah binti Datu Kerna Haji Jaya.

 

Program berkenaan merupakan satu projek yang dilaksanakan melalui strategi kerja jabatan, iaitu 'Komunikasi Bersemuka' selaras dengan visi jabatan, sebagai salah satu agensi peneraju kerajaan dalam menyampaikan dan membarigakan maklumat rasmi kerajaan.

 

Selain itu, program tersebut juga menjadi platform ke arah melengkapkan para peserta untuk mampu berdaya saing, mampu mendepani segala cabaran dan mampu merebut peluang-peluang pekerjaan.

 

Program itu telah dikendalikan sejak tahun 1976 ini bukan sahaja memfokuskan kepada lepasan ijazah seberang laut tetapi kini dilaratkan kepada lepasan ijazah tempatan yang belum bekerja atau yang berminat untuk menjadi pengusaha.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07