FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Jualan Aneka Brunei 9 Mei Hingga 1 Julai


 


 May 1st, 2018  |  10:48 AM  |   981 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE), Jabatan Perdana Menteri melalui Jabatan Persaingan dan Hal Ehwal Pengguna akan menganjurkan Jualan Aneka Brunei 2018, iaitu acara jualan tahunan kebangsaan bermula pada 9 Mei hingga 1 Julai ini.

 

Acara tersebut akan berlangsung selama 54 hari tersebut dihasrat untuk menyumbang ke arah meningkatkan kegiatan perekonomian negara dengan menggalakkan perbelanjaan dalam negara melalui aktiviti jualan, di samping menggalakkan orang ramai untuk membeli-belah dalam negara khususnya sempena musim perayaan Hari Raya yang akan tiba.

 

Peserta Jualan Aneka Brunei 2018 akan menawarkan potongan harga (diskaun) minima sebanyak 20 peratus bagi sekurang-kurangnya 50 peratus daripada stok barangan yang dipamerkan di dalam premis perniagaan semasa acara jualan.

 

Namun demikian, para peserta digalakkan untuk memberi tawaran yang lebih baik dengan tawaran yang kreatif dan menarik untuk membantu menarik lebih ramai pengguna membeli-belah di premis mereka.

 

Sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Peraturan 9(1) dari Peraturan-Peraturan Kawalan Harga (Harga Jualan Murah) 2012, setiap barangan jualan dikehendaki mempamerkan tanda harga yang jelas dan nyata sepanjang tempoh Jualan Aneka Brunei 2018.

 

Peserta Jualan Aneka Brunei 2018 akan diberi platform tambahan melalui aplikasi mudah alih 'PenggunaBijak' bagi membantu mengiklankan aktiviti jualan kepada orang ramai dan menyumbang pada meningkatkan jualan peserta. Aplikasi mudah alih 'PenggunaBijak' boleh dimuat naik secara percuma di Apple Store dan Google Playstore.

 

Mereka juga akan menerima Notis Penyertaan dari JPKE yang perlu dipamerkan dengan jelas di tempat yang mudah dilihat di dalam premis perniagaan masing-masing.

 

Tiada acara jualan murah berlangsung 7 hari sebelum bermulanya Jualan Aneka Brunei 2018 kecuali perniagaan yang telah diberi Notis Jualan sebelum makluman mengenai Jualan Aneka Brunei 2018 disiarkan. Tarikh terakhir bagi mengadakan acara harga jualan murah biasa adalah pada 1 Mei 2018.

 

Borang makluman jualan berkenaan dan syarat-syarat penyertaan boleh dimuat turun dari laman sesawang JPKE, iaitu 'www.depd.gov.bn'. Ia juga boleh diperoleh di kaunter pada alamat Jabatan Persaingan dan Hal Ehwal Pengguna Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Bilik 2A, 3.06, Tingkat 3, West Wing, Blok 2A, Jalan Ong Sum Ping, BA1131, Negara Brunei Darussalam.

 

Borang makluman serta senarai harga yang lengkap boleh dikembalikan melalui e-mel ke '[email protected]' atau pada alamat di atas tidak lewat 8 Mei 2018.

 

Bagi sebarang pertanyaan mengenai jualan tersebut, para peniaga dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk berhubung terus dengan Jabatan Persaingan dan Hal Ehwal Pengguna di JPKE melalui aplikasi mudah alih 'PenggunaBijak' atau saluran-saluran yang betul seperti melalui talian telefon +673 2230223 (waktu pejabat) atau  e-mel ke '[email protected]' atau terus ke pejabat JPKE di Jabatan Persaingan dan Hal Ehwal Pengguna, JPKE, Bilik 2A, 3.06, Tingkat 3, West Wing, Blok 2A, Jalan Ong Sum Ping, BA1131, Negara Brunei Darussalam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07