FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Jerayawara Minggu Imunisasi Sedunia 2018 Tekankan “Perlindungan Bersama”


KANAK-kanak juga berpeluang menyertai aktiviti anjuran Jerayawara bersempena Minggu Imunisasi Sedunia 2018 di The Mall, Gadong

 


 May 1st, 2018  |  10:57 AM  |   965 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Perkhidmatan Kesihatan telah mengadakan Jerayawara bersempena Minggu Imunisasi Sedunia 2018 di The Mall, Gadong.

 

Tema sambutan pada tahun ini, "Perlindungan Bersama, #VaksinBerkesan" (Protected Together, #VaccinesWork) adalah untuk menarik perhatian masyarakat mengenai pentingnya tindakan secara bersepadu dalam memastikan setiap individu dilindungi dari penyakit-penyakit yang dapat dicegah melalui pemberian vaksin, dan seterusnya untuk menambah liputan imunisasi negara bagi kebaikan semua pihak.

 

Jerayawara tersebut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang peranan vaksin - cara yang paling berkesan, selamat, dan kos efektif untuk melindungi semua orang daripada penyakit-penyakit yang serius dan mengancam nyawa, untuk meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya vaksin - bukan sahaja melindungi individu yang divaksin tetapi juga seluruh masyarakat, imunisasi adalah tanggungjawab bersama - keluarga, pekerja kesihatan, dan pegawai kesihatan awam harus bekerjasama untuk membantu melindungi seluruh komuniti.

 

Antara yang disediakan pada jerayawara berkenaan ialah booth pameran mengenai vaksinasi, klip video (WHO) mengenai campak, rubella, hepatitis, kuiz yang berkaitan dengan vaksinasi serta aktiviti mewarna bagi kanak-kanak.

 

Jerayawara dibukakan kepada orang ramai bermula dari jam 11.00 pagi hingga jam 5.00 petang pada 29 April lalu dan dihadiri lebih kurang 200 orang.

 

Kementerian Kesihatan, Negara Brunei Darussalam meraikan Minggu Imunisasi Sedunia 2018 dari 24 hingga 30 April 2018. Minggu Imunisasi Sedunia disambut setiap tahun dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan individu, keluarga dan masyarakat untuk mengambil perhatian dan memainkan peranan aktif dalam membantu mengurangkan beban global penyakit-penyakit yang boleh dicegah melalui pemberian vaksin. Jerayawara seumpamanya akan diadakan lagi pada Ahad, 6 Mei 2018 di KB Sentral Mall, Kuala Belait.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07