FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


JIPK Perkenalkan Perkhidmatan Drop Box


 


 May 1st, 2018  |  11:14 AM  |   463 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) sukacita memaklumkan bahawa bermula pada 1 Mei 2018, Jabatan berkenaan akan melaksanakan Perkhidmatan Drop Box Permohonan Visa Kerja Baru bagi Perkhidmatan Syarikat.

 

Adapun tujuan perkhidmatan ini dilaksanakan adalah untuk memberikan kemudahan kepada agensi-agensi pekerjaan yang berdaftar menghadapkan permohonan visa kerja baru bagi kategori perkhidmatan syarikat tanpa perlu mengambil masa yang lama untuk menunggu giliran bagi menghadapkan dan penerimaan permohonan berkenaan.

 

Bagi memastikan pelaksanaan yang berkesan, perkhidmatan drop box ini hanya akan dijalankan di kaunter penerimaan JIPK yang ditempatkan di Ibu Pejabat Jabatan Buruh sahaja.

 

Pihak agensi-agensi pekerjaan yang berdaftar hanya perlu mengikuti prosedur-prosedur seperti berikut:

 

1. Menyertakan dokumen-dokumen yang diperlukan dengan lengkap.

 

2.  Memasukkan ke dalam transparent zip folder permohonan yang sudah lengkap.

 

3. Memasukkan ke dalam DROP BOX PAS KERJA yang disediakan di Kaunter No.3, Ibu Pejabat, Jabatan Buruh.

 

4. Mencatat ke dalam buku Log Book yang disediakan maklumat permohonan yang dihantar.

 

5. Agensi-agensi pekerjaan bolehlah mengambil surat kebenaran permohonan visa kerja di Kaunter 4, Ibu Pejabat, Jabatan Buruh mengikut Tempoh Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR) iaitu empat hari waktu bekerja (tidak termasuk pada hari permohonan diterima).

 

JIPK menyarankan kepada agensi-agensi pekerjaan yang berdaftar untuk menggunakan kemudahan perkhidmatan ini dengan mengikuti prosedur-prosedur yang telah ditetapkan. Tatacara baru ini adalah bertujuan bagi memudahkan lagi perlaksanaan dan pengurusan permohonan visa kerja di jabatan tersebut.

 

Jabatan berkenaan juga ingin memaklumkan bahawa sekiranya permohonan yang dihadapkan tidak lengkap, ia akan menjejaskan tempoh pemprosesan permohonan berkenaan.

 

Sebarang maklumat lanjut mengenai perkhidmatan tersebut, orang ramai bolehlah menghubungi pihak JIPK melalui talian 2383106/2383107/2383108 atau melayari laman sesawang JIPK di www.immigration.gov.bn.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07