FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


22 Projek Pelajar Kohort UTB Dipamerkan


SEORANG pelajar bersama projeknya bernama Brunei Virtual Museum.

 


 May 1st, 2018  |  12:13 PM  |   1073 views

TUNGKU LINK

 

Sebanyak 22 projek tahun akhir para pelajar kohort kedua kursus Sarjana Muda Sains (kepujian) Multimedia Kreatif dan Sarjana Muda Sains (kepujian) Media Digital dari Sekolah Perkomputeran dan Informatik, Universiti Teknologi Brunei (UTB) dipamerkan pada Pameran 'Creative Computing Final Year Projects 2018', di sini.

 

Pameran yang diadakan di UTB itu melibatkan seramai 12 pelajar tahun akhir kursus Sarjana Muda (kepujian) Pengkomputeran Internet, Sarjana Muda (kepujian) Pengkomputeran dan Sarjana Muda (kepujian) Rangkaian dan Keselamatan Komputer.

 

Projek tersebut diasaskan dari pelbagai bidang pengkomputeran kreatif termasuk kajian-kajian, 'virtual reality', kepintaran buatan (artificial intelligence), pemodelan 3D dan animasi.

 

Pameran berkenaan mewujudkan peluang bagi para pelajar untuk mempamerkan produk mereka dan menyampaikan idea-idea melalui demonstrasi produk.

 

Ia juga membantu membina keyakinan para pelajar dalam mengongsikan hasil kerja mereka, di samping bagi menerima maklum balas secara positif.

 

Dayang Ady Majurinah binti Haji Majin dari kursus Multimedia Kreatif berkata, beliau mengambil masa selama beberapa bulan untuk menyiapkan projek animasi 3D beliau dengan lancar.

 

Menurut beliau, cabaran dalam proses menyiapkan projek berkenaan adalah dalam mencari kreativiti dan menghasilkan gambar yang berkualiti.

 

Sementara itu, Dayang Fatin Liyana binti Suhili menghasilkan 'prototype' aplikasi 'Maths Mobile' bagi meningkatkan keputusan subjek Matematik Penilaian Sekolah Rendah (PSR) para pelajar.

 

"Pilot test bagi aplikasi ini telah dijalankan di Sekolah Rendah Abdul Bubin, Sungai Besar dengan melibatkan sembilan orang pelajar tahun enam," katanya kepada Pelita Brunei.

 

Jelasnya, semua pelajar yang menggunakan aplikasi tersebut bersemangat untuk bersaing sesama mereka bagi menjawab soalan tepat dan mendapatkan markah tinggi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07