Home > Bahasa Melayu
Bengkel Tingkat Kerjasama Pihak Sekolah Dan Ibu Bapa
PESERTA mengikuti aktiviti yang diadakan semasa bengkel berlangsung.
May 1st, 2018 | 12:40 PM | 670 views
GADONG
Lebih 40 ahli Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) menghadiri Bengkel Ibu Bapa Prihatin Menjana Ke Arah Kejayaan Anak-anak yang berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Menglait Gadong, di sini.
Bengkel anjuran Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan itu diisikan dengan beberapa taklimat yang disampaikan oleh Pegawai-pegawai Pelajaran dan Kaunselor-kaunselor Sekolah Rendah.
Taklimat Inisiatif Pendidikan Rendah (Primary Education Initiative-PEI) dan Inisiatif Pendidikan Menengah (Secondary Education Initiative-SEI) 2018 disampaikan oleh Pegawai Pendidikan, Kaunselor Sekolah Rendah Pusar Ulak dan Sekolah Rendah Haji Mohd Ja'afar Maun Kiulap, Kluster 2, Dayang Murdiana binti Haji Morni.
Dayang Murdiana antara lain menjelaskan mengenai, antara fokus utama PEI dan SEI 2018 ialah Mendukung kepimpinan instruksional; Memperkasa Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran; Hubungan Sekolah - Rumah (home-link) yang berkesan; dan Sistem sokongan yang efektif.
Semasa bengkel dijalankan, ahli-ahli yang hadir turut berinteraksi dan menyertai aktiviti yang dikendalikan oleh fasilitator bengkel.
Bengkel tersebut bertujuan bagi meningkatkan kerjasama antara pihak sekolah dan para ibu bapa dan penjaga dalam memberikan bimbingan pembelajaran dan seterusnya meningkatkan pencapaian anak-anak dalam pendidikan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]