Home > Bahasa Melayu
Brunei Kutip Pingat Emas Kejohanan Lawan Pedang
KOPERAL Yunus Hamid berjaya meraih pingat emas satelah berjaya menewaskan Diko Arfandi (INA) 15 - 11 di perlawanan akhir kejohanan tersebut.
May 2nd, 2018 | 11:18 AM | 604 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Persatuan Lawan Pedang Brunei Darussalam (BDFF) mengambil bahagian dalam 'West Java International Open Fencing Championship' di Indonesia pada 28 - 29 April 2018 bersama ahli-ahlinya, Koperal Yunus Hamid, Dayangku Siti Syahirah binti Pengiran Idris dan Dayang Hajah Anis Sabrina binti Yahya.
Turut hadir, Ketua Setiausaha BDFF, Mejar (U) Nashriq Moksin dan Jurulatih Pedang Kebangsaan, Rocky Poerawinata.
Pada kejohanan tersebut, Koperal Yunus Hamid memenangi pingat emas.
Pada suku akhir, Koperal Yunus bangkit dari 4 - 8 menentang Taufan Aditya Soleman (INA) bagi memenangi 15 - 14.
Beliau berjaya ke peringkat separuh akhir selepas mendapat kemenangan 15 - 9.
Pada perlawanan akhir, Koperal Yunus mengalahkan Diko Arfandi (INA) 15 - 11 dan mendapat pingat emas.
''Semua serangannya sukar dan berjuang dengan keras. Ia merupakan pencapaian yang baik baginya kerana dia juga merupakan salah seorang calon untuk Sukan Asia 2018 akan datang pada Ogos,'' jelas Setiausaha Agung BDFF.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]