FacebookInstagramTwitterContact

 

Twins Compare Welsh And English People In Cheeky Vids That Leave People Giggling           >>           Elon Musk Is Reportedly Planning An Xai Supercomputer To Power A Better Version Of Grok           >>           How Barcelona Fans Turned Bilbao Into Camp Nou In UWCL Final           >>           Rossi Brace Helps Crew Beat Orlando To Extend Road Win Streak           >>           PSG Beat Lyon In French Cup Final To Clinch Domestic Treble           >>           PSG Will Win Champions League Despite Mbappé Exit – Enrique           >>           Robert Taylor Helps Short-Handed Inter Miami Beat Vancouver           >>           Hamas Launches Rocket Attack Towards Tel Aviv Area           >>           Turbulence On Doha-Dublin Flight Leaves 12 Injured           >>           Trump Booed At Libertarian Convention           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


RB Meterai Perjanjian Bersama Kumpulan Kargo Sejagat


 


 May 5th, 2018  |  10:44 AM  |   310 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) bermula 1 April 2018 yang lalu telah menandatangani Perjanjian Agensi Jualan Am Kargo (General Sales Agency - GSA) dengan beberapa GSA di seluruh dunia, iaitu Kumpulan ECS, Perkhidmatan Kargo GSA dan Perkhidmatan Kargo ABDA DMCC.

 

Ketua Pegawai Eksekutif RB, Karam Chand berkata perkongsian RB dengan Rakan Kargo GSA tersebut merupakan satu lagi langkah dalam mengukuhkan kewujudan RB sebagai pengendali kargo penting di rantau ini dan seterusnya. RB memahami nilai perniagaan serta menghargai rakan-rakan kongsi kargonya yang begitu kukuh ke arah membantu mewujudkan rangkaian yang komprehensif, ke arah memperluaskan jangkauan pasaran.

 

Tambahnya, kapasiti kargo RB meningkat dengan ketara tahun ini dengan penambahan 14 pesawat, di mana dengan rangkaian yang diperluaskan akan menawarkan nilai yang menarik para penghantar.

 

Sementara Ketua Pegawai Eksekutif ECS Group, Republik Singapura, Adrien Thominet pula berkata, RB adalah syarikat penerbangan yang bersemangat dan berkembang dengan kepelbagaian perkhidmatan berorientasikan pelanggan dan boleh dipercayai.

 

''Nilai dan jaringannya amat sepadan dengan persediaan ECS di Asia, yang membolehkan sinergi yang baik antara kedua-dua organisasi. Kami tidak sabar-sabar untuk memainkan peranan penting dalam mempromosikan kejayaan lebih lanjut Royal Brunei,'' ujarnya.

 

Manakala Pengarah Urusan GSA Cargo Services di Australia, Ms Donna Mayne berkata, Perkhidmatan Kargo GSA penuh berharap akan dapat bekerjasama dengan RB di seluruh Australia. RB tambahnya, adalah pengangkut berkualiti tinggi yang menawarkan perkhidmatan pengeksport Australia dari Melbourne, dengan sambungan ke lebih dari 15 pelabuhan di seluruh China, Korea, Asia Tenggara, Wilayah Teluk dan United Kingdom.

 

Sementara itu, GSA Cargo Services Pty. Ltd. merupakan sebuah syarikat yang berpusat di Australia, dilantik untuk pasaran Australia.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ABDA Group Cargo Services, Muhammad Zulkarnain pula berkata, memandangkan RB mencapai peningkatan baharu dalam perniagaan kargonya melalui rangkaian destinasi dan rakan kongsi yang semakin berkembang, Kumpulan ABDA mengekalkan komitmennya untuk membantu kargo RB  dalam mencapai kejayaannya nanti.

 

Rakan-rakan kongsi di atas merupakan mercu tanda kerjasama penting dalam perniagaan kargo di seluruh dunia.

 

Kehadiran kargo RB dan keupayaan pengedarannya akan meningkat dengan ketara melalui perkongsian tersebut dan menjadikan kedudukan Brunei sebagai pusat pemindahan dan pengedaran bagi logistik intra-Asia.

 

RB akan mendapat manfaat daripada rangkaian GSA secara menyeluruh di seluruh dunia melalui industri kargo hari ini, di samping memperoleh banyak ruang untuk dimanfaatkan bagi pertumbuhan penting perniagaan e-Niaga bagi rangkaian 17 destinasi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

UN Fears 670 People Buried Under Papua Landslide

 2024-05-27 01:16:59

Joy And Disbelief As Post Office Convictions Quashed

 2024-05-25 11:09:06