FacebookInstagramTwitterContact

 

Is Work Making You Stressed? Study Shows Aromatherapy Can Help           >>           Naturally Manage Your Blood Cholesterol With Fenugreek Seeds           >>           Stroke Patients Can Strengthen Their Brain Function With Ginseng           >>           Cat Swallows 5p Coin While Playing With It - And Is 'Lucky To Be Alive'           >>           Crocodile That Lunged At Children Caught And Cooked Into ‘Large Traditional Feast’           >>           Grab Your Notebook And Jot Down Ryan Gosling's Sweet Quotes About Fatherhood           >>           Grab Your Notebook And Jot Down Ryan Gosling's Sweet Quotes About Fatherhood           >>           Cheers To Anderson Cooper And Andy Cohen's Cutest Dad Moments           >>           Spacex Falcon 9 Rocket Suffers Rare Last-Second Abort During Starlink Satellite Launch (Video)           >>           Apple Reportedly Has Plans For A Thinner Iphone, Macbook Pro And Apple Watch           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pertandingan Tausyeh Wadah Hidupkan Syiar Islam


TETAMU kehormat, Ahli Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon, selaku Penghulu Mukim Berakas 'B' menyampaikan hadiah kepada Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha Rimba Gadong (RIPAS), johan Kategori AJK Takmir dan

 


 May 6th, 2018  |  10:12 AM  |   542 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kumpulan Tausyeh Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha Kampung Rimba diumumkan sebagai pemenang Pertandingan Tausyeh bagi Kategori Ahli Jawatankuasa Takmir dan Jemaah Masjid Dewasa Lelaki, manakala Kumpulan Tausyeh Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah Kampung Sungai Kelugos memenangi Kategori Dewasa Perempuan.

 

 Bagi Kategori Belia Masjid dimenangi oleh Kumpulan Firqah An-Naghom, Masjid Kampung Menengah, Daerah Tutong sementara Kategori Beliawanis Masjid dimenangi oleh Kumpulan Muti'ah, Masjid Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Lambak Kiri dan dalam Kategori Muslimah masjid pula dimenangi oleh Kumpulan Tausyeh Balai Ibadat Mukim Saba.

 

Sementara itu, Kumpulan Belia Masjid, Masjid Utama Mohd Salleh, Pekan Bangar Daerah Temburong diumumkan sebagai pemenang Pakaian Terbaik Lelaki, manakala Kumpulan Beliawanis Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop memenangi Pakaian Terbaik Perempuan.

 

 Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon, selaku Penghulu Mukim Berakas 'B' pada majlis yang berlangsung di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, di sini.

 

 Sebanyak 40 kumpulan tausyeh berentap pada Pertandingan Akhir Tausyeh dari kalangan Pegawai Masjid, Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Lelaki dan Perempuan, Kumpulan Belia Masjid / Beliawanis Masjid dan Muslimah Masjid yang telah diadakan selama dua hari bermula Jumaat, 4 Mei dan berakhir hari ini.

 

Pertandingan diungkayahkan bersama oleh Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan AJK Takmir Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah.

 

Tujuan utama pertandingan tersebut adalah sebagai wadah menghidupkan syiar Islam melalui Zikir Tausyeh dan menjadikan masjid sebagai tempat perkumpulan masyarakat Islam tanpa mengira usia.

 

 Dengan adanya pertandingan tausyeh seumpama ini, ia diharap akan melahirkan semangat suka mengikuti pelbagai pertandingan yang berbentuk keislaman, dan juga mengekalkan serta menghidupkan lagu-lagu tausyeh di kalangan masyarakat Islam agar tidak hilang ditelan zaman.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'I Feel Broken': Inside The Mind Of The Woman Who Ran 1,000km In 12 Days

 2024-06-17 00:48:13

Boeing Plane Investigated After 'Dutch Roll'

 2024-06-16 00:18:27