FacebookInstagramTwitterContact

 

Is Work Making You Stressed? Study Shows Aromatherapy Can Help           >>           Naturally Manage Your Blood Cholesterol With Fenugreek Seeds           >>           Stroke Patients Can Strengthen Their Brain Function With Ginseng           >>           Cat Swallows 5p Coin While Playing With It - And Is 'Lucky To Be Alive'           >>           Crocodile That Lunged At Children Caught And Cooked Into ‘Large Traditional Feast’           >>           Grab Your Notebook And Jot Down Ryan Gosling's Sweet Quotes About Fatherhood           >>           Grab Your Notebook And Jot Down Ryan Gosling's Sweet Quotes About Fatherhood           >>           Cheers To Anderson Cooper And Andy Cohen's Cutest Dad Moments           >>           Spacex Falcon 9 Rocket Suffers Rare Last-Second Abort During Starlink Satellite Launch (Video)           >>           Apple Reportedly Has Plans For A Thinner Iphone, Macbook Pro And Apple Watch           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Residen Pusat Al-Islah Ikuti Penempatan Kerja


MEMORANDUM Persefahaman antara Pusat Al-Islah Biro Kawalan Narkotik dengan Kumpulan Syarikat Sabli telah dimeterai bagi memberikan peluang kepada residen untuk berintegrasi semula kepada masyarakat.

 


 May 6th, 2018  |  10:14 AM  |   2063 views

TUTONG

 

Insan-insan yang tergelincir dan sedang berusaha menjalani rawatan untuk memperbaiki keadaan mereka haruslah diberi peluang untuk kembali kepada masyarakat dengan menyokong program kepulihan, melalui platform kerjasama Pengintegrasian Residen kepada komuniti.

 

 Program rawatan tidak mencukupi hanya dengan rehabilitasi dan pemulihan sahaja, memandangkan pertarungan sebenar yang akan mereka lalui setelah bebas kelak ialah apabila mereka kembali semula pada kehidupan realiti yang sebenar.

 

 Bagi maksud tersebut, Pusat Al-Islah, Biro Kawalan Narkotik (BKN) telah memeterai perjanjian Memorandum Persefahaman bersama Kumpulan Syarikat Sabli (SGC) bagi memberi penempatan pekerjaan kepada tujuh orang residen yang mengikuti Skim Pelepasan Sementara dalam bidang kemahiran masing-masing, seperti hawa dingin, pemprosesan makanan, katering dan lain-lain lagi.

 

 Penandatanganan Memorandum Persefahaman tersebut disempurnakan di antara Penolong Pengarah selaku Komandan Pusat Al-Islah, Awang Zainol Adi bin Haji Ajmain disaksikan oleh Pemangku Pengarah BKN, Awang Haji Mohd Jafari bin Haji Mahadi bagi pihak Pusat Al-Islah dan Pengurus Am, Awang Jasmadi bin Haji Jamudin, disaksikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid @ Sabli bin Haji Arshad, selaku Pengerusi SGC.

 

 Majlis berlangsung di Bilik Taklimat Hassanah, Pusat Al-Islah, BKN, Kampung Kupang, di sini.

 

 Terdahulu, dalam ucapan Penolong Pengarah Pusat Al-Islah, Awang Zainol Adi bin Haji Ajmain menyatakan, SGC telah sekian lama memberi peluang pekerjaan kepada residen dan juga kepada Orang Yang Di Bawah Pengawasan melalui tanggungjawab sosialnya (social responsibility) sebagai Platform Latihan Vokasional dan latihan kemahiran yang lain. Secara tidak langsung langkah ini akan dapat membuka mata syarikat swasta lain untuk melakukan perkara yang sama.

 

 Dengan demikian, tambahnya lagi, melalui program pengintegrasian semula residen kepada masyarakat, akan memantapkan lagi keyakinan mereka untuk pulih dan meninggalkan penyalahgunaan dadah, kerana mereka dengan sendirinya akan merasa lebih dihargai dan dipeduli, bukannya berterusan dihukum di ruang lingkup stigma masyarakat.

 

''Saya berseru kepada residen-residen yang dibantu, agar janganlah mensia-siakan harapan dan peluang yang diberikan ini. Buktikanlah bahawa abiskita boleh berubah, hidup sempurna dan dapat menyumbang kepada keluarga, masyarakat, agama dan negara,'' katanya lagi.

 

Bagi pihak SGC pula, Ahli MMN Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid @ Sabli berharap, residen yang diberikan pekerjaan menjadi contoh untuk residen yang masih menjalani rawatan untuk berubah menjadi lebih baik.

 

 Jelasnya, dengan didikan iman dan juga ugama di Pusat Al-Islah, Insyaa Allah mereka akan menjadi orang yang baik dan memanfaatkan kursus-kursus yang dipelajari di sepanjang program pemulihan untuk mengejar peluang pekerjaan di luar nanti.

 


 

Source:
@BRUDIRECT.COM

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'I Feel Broken': Inside The Mind Of The Woman Who Ran 1,000km In 12 Days

 2024-06-17 00:48:13

Boeing Plane Investigated After 'Dutch Roll'

 2024-06-16 00:18:27