Home > Bahasa Melayu
Kerjasama KHEU - Universiti Al-Azhar Semakin Erat
MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman mengalu-alukan ketibaan Yang Berhormat Sheikh Ahmed Muhammad El-Tayeb di Sekolah Ugama Arab Menengah
May 9th, 2018 | 11:52 AM |
546 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Fadhilat Imam Al-Akbar Sheikhul Azhar, Kaherah, Yang Berhormat Sheikh Ahmed Muhammad El-Tayeb meninggalkan Negara Brunei Darussalam tengah hari tadi setelah mengadakan lawatan selama empat hari ke negara ini dan dalam rangka lawatan ke negara-negara ASEAN termasuk Negara Brunei Darussalam.
Hadir bagi mengucapkan selamat belayar di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.
Turut berada di LTAB itu ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yusof; Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali; Timbalan Setiausaha Tetap KHEU (Pentadbiran dan Kewangan) dan Timbalan Setiausaha Tetap KHEU (Dasar dan Keugamaan) serta Pengarah dan Ketua Bahagian KHEU.
Terdahulu, Yang Berhormat Fadhilat Imam Al-Akbar Sheikhul Azhar, Kaherah berkesempatan mengadakan lawatan ke Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Kampung Katok.
Ketibaan Yang Berhormat Fadhilat Imam Al-Akbar Sheikhul Azhar, Kaherah dialu-alukan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama serta Pegawai-pegawai Kanan KHEU.
Yang Berhormat Sheikh Ahmed Muhammad El-Tayeb Fadhilat Imam Al-Akbar Sheikhul Azhar, Kaherah berkesempatan memberikan kata-kata nasihat kepada warga sekolah dan melawat bilik darjah di sekolah tersebut.
Lawatan bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara KHEU dan Universiti Al-Azhar, terutama dalam bidang pendidikan Islam dan menyedari akan persamaan amalan-amalan ugama Islam iaitu yang mantap.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]