FacebookInstagramTwitterContact

 

Arctic Root Shows Potential For Relieving Burnout Symptoms           >>           Lifting Weights Can Improve Survival Of Lung Cancer Patients           >>           Research Shows Kampo Medicine Can Improve Kidney Health           >>           Tom Cruise Steps Out With His And Nicole Kidman’s Son Connor For Rare Outing In London           >>           Pink's Reaction To Daughter Willow Leaving Her Tour To Pursue Theater Shows Their True Love           >>           Boeing's Starliner Spacecraft Still Doesn't Have A Landing Date, NASA Says           >>           The AI Prison Of The Future Is Just An Outer Limits Episode           >>           Amazon Reportedly Investigating Perplexity AI After Accusations It Scrapes Websites Without Consent           >>           Iphone Users Won’t Lose True Tone, Other Features After Third-Party Repairs           >>           Sri Lanka Secure The Spoils In Opening Under-19 ODI At Chelmsford           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


50 Peserta Skq Terima Sijil


KETUA Jabatan Agama, ABDB, Kementerian Pertahanan, Komander TLDB, Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim semasa hadir selaku tetamu khas dalam majlis tersebut.

 


 May 10th, 2018  |  09:04 AM  |   309 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seramai 50 peserta yang terdiri daripada warga Kementerian Pertahanan menyertai Kursus Skim Kefahaman Al-Quran (SKQ) Siri 1, 2018 yang dikelolakan oleh Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran (PPPQ) MABIMS dengan kerjasama Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Di-Raja Brunei (JAMA'AT).

 

Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil diadakan di Dewan Wira Seni, Bolkiah Garrison, Kementerian Pertahanan, di sini.

 

Hadir selaku Tetamu Khas majlis tersebut ialah Ketua JAMA'AT, Komander Tentera Laut Diraja Brunei, Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim.

 

Dalam ucapan alu-aluan oleh Penyelaras Kursus SKQ, Awang Muhammad Hanafi bin Haji Zaini, antara lain berkata kursus tersebut adalah tahun kedua PPQ MABIMS melalui Bahagian Kursus dan Latihan bekerjasama membuat Kursus SKQ di luar.

 

Sebelumnya, kursus tersebut lebih kepada secara 'in house', tetapi bermula tahun lepas PPQ MABIMS mengorak langkah bergerak ke jabatan-jabatan kerajaan untuk mengadakannya dan sekali gus membarigakan SKQ yang merupakan salah satu projek tahunan dalam kalendar PPQ MABIMS.

 

Pada majlis tersebut, Ketua JAMA'AT menyampaikan sijil-sijil kepada wakil peserta.

 

Terdahulu itu, sebanyak empat kertas kerja telah dibentangkan dengan kupasan tajuk ''Al-Quran dan Syariah'' yang disampaikan oleh Pensyarah Kanan Kunjungan, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KU PUSB), Dr. Haji Harapandi Dahri.

 

Kursus yang bermula pada 25 April lalu adalah sebagai tanggungjawab PPPQ MABIMS bagi melaksanakan salah satu daripada tuntutan fardu kifayah dalam penyebaran, pemahaman dan penghayatan kitab suci Al-Quran, menyebarkan kefahaman mengenai Al-Quran, iaitu yang berkaitan dengan sejarah dan isi kandungannya bagi memperkukuhkan pegangan kepadanya.

 

Selain itu, ia juga untuk memberikan maklumat yang tepat terhadap berbagai isu dan salah tanggapan mengenai kandungan Al-Quran di era globalisasi serta melahirkan generasi yang benar-benar memahami Al-Quran sebagai pemangkin masyarakat dalam apa jua pembangunan sama ada fizikal atau spiritual.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Singapore Charges Activists Over Pro-Palestinian Letters

 2024-06-29 01:45:00

M&S To Launch Clothing Repairs Service

 2024-06-29 09:32:15