Home > Bahasa Melayu
Majlis Tahlil Dan Doa Arwah Sekampung MPK Subok
AHLI MMN, Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis selaku Penghulu Mukim Kota Batu hadir di majlis tersebut
May 10th, 2018 | 09:48 AM |
921 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Majlis Perundingan Kampung (MPK) Subok telah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Arwah Sekampung bagi 1439 Hijrah / 2018 Masihi yang diadakan pada hari Ahad baru-baru ini.
Majlis tersebut telah diadakan di kediaman Ketua Kampung Subok, Awang Mohd. Jais bin Mohd. Salleh.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis selaku Penghulu Mukim Kota Batu.
Majlis turut dihadiri oleh kira-kira 300 penduduk kampung dan sekitarnya.
Bacaan Tahlil dan Doa Arwah telah dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Kampung Belimbing, Jalan Subok, Pengiran Haji Mohammad Hafizuddin bin Pengiran Haji Bakar.
Majlis Tahlil dan Doa Arwah Sekampung ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk Kampung Subok. Di samping itu, ia juga merupakan salah satu aktiviti tahunan MPK Subok bagi sama-sama menyemarakkan kedatangan bulan Ramadan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]