FacebookInstagramTwitterContact

 

Arctic Root Shows Potential For Relieving Burnout Symptoms           >>           Lifting Weights Can Improve Survival Of Lung Cancer Patients           >>           Research Shows Kampo Medicine Can Improve Kidney Health           >>           Tom Cruise Steps Out With His And Nicole Kidman’s Son Connor For Rare Outing In London           >>           Pink's Reaction To Daughter Willow Leaving Her Tour To Pursue Theater Shows Their True Love           >>           Boeing's Starliner Spacecraft Still Doesn't Have A Landing Date, NASA Says           >>           The AI Prison Of The Future Is Just An Outer Limits Episode           >>           Amazon Reportedly Investigating Perplexity AI After Accusations It Scrapes Websites Without Consent           >>           Iphone Users Won’t Lose True Tone, Other Features After Third-Party Repairs           >>           Sri Lanka Secure The Spoils In Opening Under-19 ODI At Chelmsford           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


PMP Tingkat Hubungan Dua Hala


ANTARA yang hadir ialah Ketua-ketua Kampung dari Mukim Pengkalan Batu.

 


 May 10th, 2018  |  09:51 AM  |   304 views

PENGKALAN BATU

 

Dalam meningkatkan hubungan baik dua hala di antara pihak kerajaan dan penduduk mukim, Jabatan Penerangan mengadakan Program Muzakarah Penerangan (PMP) bagi Mukim Pengkalan Batu Tahun 2018 yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Mukim Pengkalan Batu, di sini.

 

Ahli-ahli panel program muzakarah pula terdiri daripada ketua-ketua jabatan, penolong-penolong ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan.

 

Program tersebut dirancang untuk diadakan empat ke lima kali setahun di seluruh negara bermula sejak tahun 2016, iaitu dua mukim dari Daerah Brunei dan Muara, satu mukim bagi Daerah Tutong, Daerah Belait dan Daerah Temburong, di mana di Daerah Temburong telah mengadakan sekali dalam dua tahun.

 

PMP antara lain diharap akan dapat merapatkan lagi hubungan mesra yang terjalin di antara kerajaan amnya dan Jabatan Penerangan khususnya dengan penduduk mukim, dengan adanya pihak kerajaan bersemuka dengan masyarakat memperlihatkan kepekaan dan sikap pemedulian kerajaan dalam memastikan rakyat serta penduduk hidup dengan aman serta sejahtera, sekali gus dapat mengangkat kredibiliti di mata rakyat dan penduduk.

 

Menerusi program itu, penduduk mukim berpeluang untuk mengutarakan isu-isu permasalahan yang dihadapi bagi pertimbangan pihak agensi-agensi kerajaan dalam masa yang sama pihak agensi-agensi kerajaan juga berpeluang untuk memberikan penerangan dan penjelasan kepada penduduk mukim mengenai isu-isu yang dibangkitkan.

 

Hadir mempengerusikan program muzakarah tersebut ialah Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan, Dayang Hajah Noorashidah binti Haji Aliomar selaku Pengerusi Majlis.

 

Juga hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Mohaimin bin Johari @ Jahari selaku Ketua Kamuong Limau Manis; Ketua-ketua Kampung dari Mukim Pengkalan Batu, pegawai-pegawai kanan, pegawai serta kakitangan dari pelbagai agensi-agensi kerajaan.           

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Singapore Charges Activists Over Pro-Palestinian Letters

 2024-06-29 01:45:00

M&S To Launch Clothing Repairs Service

 2024-06-29 09:32:15