FacebookInstagramTwitterContact

 

Record Levels Of Shoplifting Show Signs Of Falling           >>           Bank Of England Boss Weighs In On UK Economy Row           >>           National Speech Contest           >>           Installation Works of New Traffic Lights           >>           Royal Brunei Police Force Training           >>           Only Valid Haj Visa Holder is allowed to Perform Haj           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration with New Converts           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Towards A Data-Driven Society Workshop           >>           16th IFSB Discussion Session           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kempen Kebersihan pupuk semangat kerjasama


Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Amir Hisham bin Haji Masri turut sama bergotong-royong membersihkan kawasan luar Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad Kampung Setia. | Foto: Haji Ahmad Haji Salim

 


 March 28th, 2016  |  08:51 AM  |   5790 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ahad, 27 Mac. - Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar dan menyamankan mata lagi memandang. Udara yang bersih merupakan nikmat yang sangat tinggi nilainya kepada kehidupan manusia, baik yang tinggal di bandar-bandar, kawasan perumahan, kampung-kampung mahupun di kawasan pedalaman.

 

 

Dalam agama Islam, kita diajarkan mengenai kebersihan yang mencangkupi daripada kebersihan alam sekitar, pakaian, diri sendiri mahupun makanan dan juga minuman. Ini semua sesuai dengan hadith Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu kebersihan adalah sebahagian daripada iman.

 

Sehubungan itu, Jabatan Hal Ehwal Masjid (JHEM), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) berserta para pegawai JHEM, Ahli-ahli Takmir Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad Kampung Setia, penduduk Kampung Setia dan Kampung Tarap Bau serta Ahli-ahli Jawatankuasa Saudara Ku Kampung Setia hari ini mengadakan Kempen Kebersihan yang meliputi luar kawasan Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad Kampung Setia.

 

Turut menyertai pada Kempen Kebersihan ialah Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Amir Hisham bin Haji Masri selaku tetamu kehormat dan juga Ketua Kampung Setia 'A', Awang Haji Asli bin Haji Mamut.

 

Sebelum acara kempen bermula, Doa Selamat dibacakan oleh Iman Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad Kampung Setia, Awang Haji Hassan bin Haji Lusin. Kemudian dikuti dengan acara Kempen Kebersihan bermula yang didahului oleh tetamu kehormat dan diikuti oleh penduduk kampung dengan membersihkan di sekitar luar kawasan masjid berkenaan.

 

Sementara pada akhir kempen berkenaan tetamu kehormat, Awang Haji Amir Hisham berkesudian menerima cenderahati yang disampaikan oleh Iman Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad dan Ketua Kampung Setia 'A', Awang Haji Asli.

 

Kempen Kebersihan adalah merupakan aktiviti tahunan atas anjuran JHEM, KHEU dan dikendalikan oleh Ahli-ahli Takmir Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad Kampung Setia serta penduduk Kampung Setia dan Kampung Tarap Bau.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Haji Ahmad Haji Salim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win

 2024-05-09 00:07:03

Record Levels Of Shoplifting Show Signs Of Falling

 2024-05-10 21:28:22