FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Blue Origin's NS-25 Private Space Tourist Mission Online May 19           >>           Yuck: Slack Has Been Scanning Your Messages To Train Its AI Models           >>           Adobe Threatens To Sue Nintendo Emulator Delta For Its Look-Alike Logo           >>           Iran Nobel Laureate Says She Faces New Trial           >>           Russia Could Increase Ukraine Attacks, Says Zelensky           >>           Morehouse: College Divided Over Biden's Upcoming Graduation Speech           >>           'Operasi Bersih'           >>           Wanted to Assist Investigation           >>           Missing Person           >>           Verification of Accuracy Readings and Annual Registration on Weighing Machine           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Dikenakan Kompaun BND500 Atas Kesalahan Keempat


 


 June 10th, 2018  |  09:00 AM  |   138 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seorang pemandu dari Syarikat Tienteng Forwarding telah dikenakan kompaun sebanyak BND500 kerana melakukan kesalahan kali keempat kerana membawa lebih berat muatan.

 

Manakala seorang lagi pemandu dari Syarikat N.S.J.Y Trading Company dikenakan empat kompaun bagi empat kesalahan iaitu kompaun sebanyak BND50 atas kesalahan tidak memasang pemantul cahaya; BND50 atas kesalahan kenderaan yang digunakan tidak bersesuaian, BND100 atas kesalahan membawa muatan menganjur dan kompaun BND50 dan juga 6 mata demerit SiKAP atas kesalahan tayar botak.

 

Berikut merupakan hasil dari operasi bergerak Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) yang diadakan pada 28 Mei - 30 Mei dan 4 Jun 2018 di beberapa jalan raya di negara ini.

 

Dalam operasi berkenaan, seramai 16 orang pemandu dari 14 buah syarikat pengangkutan dikenakan kompaun antara BND50 - BND500 kerana melanggar Akta dan Peraturan Lalu Lintas Jalan Raya seperti membawa lebih berat muatan, tidak memasang pemantul cahaya dan meletak kenderaan bukan di tempat yang dibenarkan.

 

Tujuan operasi yang dikendalikan oleh JPD adalah untuk pemantauan berterusan agar para pengusaha syarikat pengangkutan terutama para pemandu kenderaan pengangkutan sentiasa mematuhi Akta dan Peraturan Lalu Lintas Jalan Raya.

 

Di samping itu juga, untuk mengingatkan para pemandu mengenai pentingnya mengamalkan pemanduan yang berhati-hati dan bertimbang rasa serta memastikan kenderaan dalam keadaan baik dan sesuai untuk digunakan.

 

JPD mengalu-alukan kerjasama orang ramai dalam sama-sama memastikan keselamatan Jalan Raya dan boleh menghadapkan aduan yang berkaitan dengan kesalahan Lalu Lintas Jalan Raya dengan menghubungi Hotline Bahagian Penguatkuasaan JPD dan Aplikasi Whatsapp Penguatkuasaan JPD di talian +6737292017 atau Aplikasi WhatsApp Talian Darussalam +6738333123.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan

 2024-05-19 00:23:50

We'll Need Universal Basic Income - AI 'Godfather'

 2024-05-19 01:20:48