Home > Bahasa Melayu
Penglihatan Anak Bulan Syawal 14 Jun
June 10th, 2018 | 09:02 AM | 946 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Hakim-hakim Syar'ie dan pegawai-pegawai Mahkamah-Mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri bersama pegawai-pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Ugama, pegawai-pegawai dari Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan dan pegawai-pegawai dari Jabatan Mufti Kerajaan akan berada di tempat-tempat yang telah ditetapkan untuk merukyah (melihat anak bulan Syawal 1439 Hijrah) pada petang hari Khamis, 29 Ramadan 1439 Hijrah, 14 Jun 2018 Masihi di tempat-tempat berikut.
Lokasi-lokasi yang ditetapkan ialah Menara DST, Bangunan DST Headquarters, Lebuhraya Tungku, Daerah Brunei dan Muara; Bukit Agok, Jerudong, Daerah Brunei dan Muara; Tanjung Batu, Kampung Sabun, Daerah Brunei dan Muara; Bukit Lumut Daerah Belait dan Bukit Amboq, Daerah Tutong.
Berikutan dengan itu, pengumuman satu Syawal (awal Syawal bagi Tahun 1439 Hijrah / 2018 Masihi) akan disiarkan melalui Radio Televisyen Brunei sebaik-baik sahaja rukyah pada petang 29 Ramadan 1439 Hijrah / 14 Jun 2018 Masihi itu diperolehi oleh pihak berkenaan.
Sehubungan itu, orang ramai adalah diminta untuk memberikan kerjasama supaya tidak mendekati tempat-tempat tersebut.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]