FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Blue Origin's NS-25 Private Space Tourist Mission Online May 19           >>           Yuck: Slack Has Been Scanning Your Messages To Train Its AI Models           >>           Adobe Threatens To Sue Nintendo Emulator Delta For Its Look-Alike Logo           >>           Iran Nobel Laureate Says She Faces New Trial           >>           Russia Could Increase Ukraine Attacks, Says Zelensky           >>           Morehouse: College Divided Over Biden's Upcoming Graduation Speech           >>           'Operasi Bersih'           >>           Wanted to Assist Investigation           >>           Missing Person           >>           Verification of Accuracy Readings and Annual Registration on Weighing Machine           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Penerima Kurnia Peribadi KDYMM Menjunjung Kasih


ALVIN Joshua Anak Saliman, salah seorang penerima bagi kategori anak Istimewa

 


 June 10th, 2018  |  09:06 AM  |   875 views

SERIA

 

Seramai 2,452 orang di Daerah Belait telah menerima Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Jelas tergambar keceriaan dan kegembiraan di setiap wajah rakyat serta penduduk di Daerah Belait hari ini yang terpilih untuk menerima Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

 

Pada majlis yang berlangsung di Dewan Pusat Insani, Seria, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri  Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan menyempurnakan Kurnia Peribadi Kebawah DYMM kepada seramai 2,452 penerima yang terdiri daripada Orang Berkeperluan Khas, Anak-Anak Yatim, Orang Miskin, Orang Fakir dan Penerima Bantuan Kebajikan Bulanan.

 

Sehubungan itu, Pelita Brunei telah berkesempatan menemu bual beberapa orang penerima  Kurnia Peribadi Kebawah DYMM yang telah terpilih.

 

Dayang Masnah binti Haji Chuchu, 56, salah seorang penerima bagi  Kategori Orang Berkeperluan Khas  melahirkan rasa gembira dan mengucapkan penghargaan junjung kasih ke hadapan majlis Kebawah DYMM di atas Kurnia Peribadi itu dan mendoakan agar baginda berserta kaum kerabat baginda akan sentiasa dilanjutkan usia dan kekal qarar memerintah negara dengan aman dan makmur.

 

Sementara  itu, penerima kategori Bantuan Kebajikan Bulanan, Dayang Sainah binti Assim, 56, melahirkan rasa syukur dan berterima kasih ke hadapan majlis Kebawah DYMM dan ini merupakan tahun keempat beliau menerima bantuan seumpama itu dan sangat berbesar hati di atas kurniaan yang diberikan.

 

Manakala, ibu kepada penerima kategori anak istimewa, Dayang Chiistine Ambi melahirkan rasa gembira dan mengucapkan penghargaan junjung kasih ke hadapan majlis Kebawah DYMM.

 

Beliau bersama anaknya Alvin Joshua anak Saliman, 17, bekas pelajar PVK 5 dan kini bersekolah kemahiran di Pusat Ehsan Hajah Mariam, Kuala Belait.

 

Di antara yang turut berperanan memantau kesejahteraan serta kesihatan orang ramai di majlis pengurniaan tersebut ialah petugas pasukan Medic Hospital Suri Seri Begawan, termasuk doktor, jururawat dan pembantu am. Mereka juga menyediakan kerusi roda bagi keperluan OBK dan juga doktor pakar serta dibantu oleh lima orang Fire Medic.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan

 2024-05-19 00:23:50

We'll Need Universal Basic Income - AI 'Godfather'

 2024-05-19 01:20:48