FacebookInstagramTwitterContact

 

6 Mental Illnesses That Could See Improvements From Taking Inositol           >>           11 Must-Have “Forever Foods” For Your Ultimate Pantry Prep           >>           Prepping inventory: Which items are the right ones to overstock?           >>           Dovbyk Hat Trick Helps Girona End Season With 7-0 Win           >>           Bayern Leverkusen Now Have More 'Hunger' For DFB Pokal Final           >>           Real Madrid Pip Man United To Be Named Most Valuable Club           >>           Newcastle Thrashed 8-0 During Post-Season Tour Of Australia           >>           Arsenal Edge A-League Women In Friendly Match           >>           Spacex Targeting June 5 For 4th Test Flight Of Starship Megarocket           >>           Spacex Targeting June 5 For 4th Test Flight Of Starship Megarocket           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Manfaatkan Sebaiknya Kurnia Peribadi


DAYANG Hajah Noraini binti Abdullah yang ditemani anak saudaranya, Awang Mohd. Izzuddin bin Haji Abdul Rahman yang juga penerima kurnia bagi Orang Kurang Upaya (OKU)

 


 June 10th, 2018  |  09:18 AM  |   298 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Raya Aidilfitri 1439H/ 2018M dihasrat akan dapat meringankan lagi beban perbelanjaan terutama dalam sama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang beberapa hari sahaja lagi.

 

Para penerima Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagi Daerah Brunei dan Muara  rata-rata menjunjung kasih kehadapan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas kurnia berkenaan.

 

Dayang Hajah Zabaidah binti Haji Hidop yang menerima kurnia itu buat pertama kalinya berasa gembira kerana dapat membantu keluarganya dalam membeli barang keperluan harian dan hari raya nanti.

 

Beliau yang tinggal di Kampung Tungku yang menyara keluarganya seramai 10 orang hanya menerima pencen tua dan bantuan sebanyak BND200.00 dari Majlis Ugama Islam Brunei.

 

Sementara penerima Bantuan Kebajikan Bulanan (BKB), Awang Haji Embran bin Haji Sudin/ Haji Samsudin yang mewakilkan isterinya pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman menyatakan ia merupakan kali kedua menerima kurnia tersebut.

 

“Syukur alhamdulillah, sekurang-kurangnya kurnia ini dapat juga mengimbal dan menampung perbelanjaan anak-anak saya seramai enam orang lebih-lebih lagi membeli barang keperluan hari raya,” kata Awang Haji Embran lagi.

 

Manakala penerima kurnia, Dayang Hajah Noraini binti Abdullah yang ditemani anak saudaranya, Awang Mohd. Izzuddin bin Haji Abdul Rahman yang juga penerima kurnia bagi Orang Kurang Upaya (OKU) pula berkata kurnia yang diberikan oleh baginda itu akan dimanfaatkan sebaik-baiknya selain membeli keperluan hari raya.

 

Dengan adanya kurnia tersebut bukan sahaja meringankan kehidupan mereka tetapi menceriakan dan menggembirakan mereka dalam sama-sama menyambut bulan Syawal yang akan diraikan dalam suasana meriah dan harmoni.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

An Indian Tale Of Love And Sisterhood Unfolds At Cannes

 2024-05-25 10:13:36

Joy And Disbelief As Post Office Convictions Quashed

 2024-05-25 11:09:06