FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Blue Origin's NS-25 Private Space Tourist Mission Online May 19           >>           Yuck: Slack Has Been Scanning Your Messages To Train Its AI Models           >>           Adobe Threatens To Sue Nintendo Emulator Delta For Its Look-Alike Logo           >>           Iran Nobel Laureate Says She Faces New Trial           >>           Russia Could Increase Ukraine Attacks, Says Zelensky           >>           Morehouse: College Divided Over Biden's Upcoming Graduation Speech           >>           'Operasi Bersih'           >>           Wanted to Assist Investigation           >>           Missing Person           >>           Verification of Accuracy Readings and Annual Registration on Weighing Machine           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kurnia Peribadi Ringankan Beban Perbelanjaan


DAYANG Arfizah binti Sable dari Kampung Bukit Beruang.

 


 June 10th, 2018  |  09:51 AM  |   503 views

TUTONG

 

Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam memberi makna yang sangat berharga kepada rakyat dan penduduknya, khususnya golongan tertentu dalam membuat persiapan bagi menyambut kedatangan Syawal yang hanya tinggal beberapa hari saja lagi.

 

Pemberian kurnia peribadi ini juga berupaya untuk menampung perbelanjaan seharian mereka selain daripada sebagai simpanan untuk kegunaan di masa hadapan.

 

Dalam pendekatan bersama beberapa penerima pada Majlis Penyampaian Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada golongan tertentu bagi Daerah Tutong yang berlangsung di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong, di sini, Dayang Bidina binti Baju, 64, dari Kampung Bukit Udal yang tergolong sebagai penerima Golongan Orang Berkeperluan Khas (OBK) melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala dan menjunjung kasih di atas Kurnia Peribadi Kebawah DYMM.

 

Sejak menerima kurnia tersebut setiap tahun ia diadakan, ia dapat meringankan beban perbelanjaan hari raya dan harian.

 

Manakala bagi Dayang Arfizah binti Sable, 18, dari Kampung Bukit Beruang pula menjelaskan sebagai penerima Golongan OBK turut melahirkan rasa syukur atas kurnia peribadi tersebut.

 

Jelasnya, ini merupakan kali ketiga beliau menerima kurnia tersebut dan beliau akan membelanjakan kurnia tersebut untuk keperluan perbelanjaan hari raya dan menyimpan selebihnya untuk digunakan di kemudian hari.

 

''Saya bersyukur dan menjunjung kasih atas kurnia peribadi Kebawah DYMM ini. Dengan kurnia ini, dapatlah menampung perbelanjaan saya untuk hari raya yang bakal tiba nanti,'' ujarnya.

 

Beliau merasa sangat beruntung kerana mempunyai raja yang sangat prihatin akan kebajikan rakyatnya.

 

Beliau turut mendoakan agar baginda dan kerabat diraja yang lain sentiasa sihat walafiat dan kekal karar memerintah Negara Brunei Darussalam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan

 2024-05-19 00:23:50

We'll Need Universal Basic Income - AI 'Godfather'

 2024-05-19 01:20:48