FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Blue Origin's NS-25 Private Space Tourist Mission Online May 19           >>           Yuck: Slack Has Been Scanning Your Messages To Train Its AI Models           >>           Adobe Threatens To Sue Nintendo Emulator Delta For Its Look-Alike Logo           >>           Iran Nobel Laureate Says She Faces New Trial           >>           Russia Could Increase Ukraine Attacks, Says Zelensky           >>           Morehouse: College Divided Over Biden's Upcoming Graduation Speech           >>           'Operasi Bersih'           >>           Wanted to Assist Investigation           >>           Missing Person           >>           Verification of Accuracy Readings and Annual Registration on Weighing Machine           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kajian Audiens 2017 Catatkan 71.7 Peratus Penduduk Brunei Tonton Saluran RTB


TIMBALAN Pengarah (Kemajuan) RTB, Dayang Hajah Zalinar binti Haji Abdullah menyampaikan hadiah kepada 35 pemenang Kajian Audiens.

 


 June 10th, 2018  |  09:55 AM  |   577 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Radio Televisyen Brunei (RTB) hari ini  mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah bagi para pemenang Kajian Audiens 2017 bertempat di Dewan Raya, RTB, di ibu negara.

 

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut, Timbalan Pengarah (Kemajuan) RTB, Dayang Hajah Zalinar binti Haji Abdullah.

 

Juga hadir, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan di jabatan dan bahagian di bawah RTB serta para jemputan.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Penolong Pegawai Kewangan, Awang Abdul Qawiy bin Haji Mat Yamin.

 

Setelah itu, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada 35 pemenang Kajian Audiens yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

 

Acara kemudian diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada Pembantu Penyelidik yang turut serta membantu dalam Kajian Penonton berkenaan.

 

Kajian Audiens 2017 telah dibukakan kepada penduduk Negara Brunei Darussalam yang berumur 15 tahun ke atas yang bermula dari 1 Disember hingga 31 Mac 2018.

 

Sambutan kaji selidik berkenaan mendapat maklum balas yang sangat menggalakkan dengan penyertaan seramai 4478  responden.

 

Ia merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan RTB melalui Seksyen Penyelidikan dan Perkembangan untuk mengenal pasti tahap sambutan dan demografi masyarakat di Negara Brunei Darussalam terhadap program-program TV dan Berita, Rangkaian Radio dan penerimaan kualiti siaran serta pengetahuan tentang penghijrahan RTB ke Digital.

 

Hasil dapatan Kajian Audiens 2017 mencatatkan 71.7 peratus penduduk Brunei menonton saluran RTB, manakala pendengar rangkaian radio RTB adalah sebanyak 89.6 peratus pendengar.

 

Program Berita juga masih dominan (71 peratus) sebagai program yang paling banyak diikuti di saluran RTB.

 

Selain itu, penggunaan media sosial untuk mengikuti siaran RTB juga menunjukkan respon yang sangat baik iaitu sebanyak 65.7 peratus.

 

Kajian berkenaan juga dapat membantu RTB untuk membuat penambahbaikan kandungan, mutu dan cara persembahan dari semasa ke semasa.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan

 2024-05-19 00:23:50

We'll Need Universal Basic Income - AI 'Godfather'

 2024-05-19 01:20:48