FacebookInstagramTwitterContact

 

6 Mental Illnesses That Could See Improvements From Taking Inositol           >>           11 Must-Have “Forever Foods” For Your Ultimate Pantry Prep           >>           Prepping inventory: Which items are the right ones to overstock?           >>           Dovbyk Hat Trick Helps Girona End Season With 7-0 Win           >>           Bayern Leverkusen Now Have More 'Hunger' For DFB Pokal Final           >>           Real Madrid Pip Man United To Be Named Most Valuable Club           >>           Newcastle Thrashed 8-0 During Post-Season Tour Of Australia           >>           Arsenal Edge A-League Women In Friendly Match           >>           Spacex Targeting June 5 For 4th Test Flight Of Starship Megarocket           >>           Spacex Targeting June 5 For 4th Test Flight Of Starship Megarocket           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


200 Beg Guna Semula Diedarkan Di Daerah Temburong


PEMANGKU Pengarah JASTRE bersama dengan peniaga-peniaga di Tamu Muhibah Aneka Selera, Pekan Bangar.

 


 June 10th, 2018  |  09:58 AM  |   449 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) telah mengedarkan 200 beg guna semula dan poster pelancaran penambahan hari Khamis ke arah Setiap Hari Tanpa Beg Plastik di gedung-gedung perniagaan terpilih di Daerah Temburong.

 

Rombongan dari JASTRe yang diketuai oleh Pemangku Pengarah, Dayang Martinah binti Haji Tamit melawat Ya-Nur Trading Company Sdn Bhd, Tian Hua Enterprise, Chop Hock Guan, Jayamuhibah Shopping Mart dan Lakujaya Minimart bagi pembahagian beg-beg guna semula kepada pembeli dan poster pelancaran kepada gedung berkenaan. Rombongan juga mengedarkan beg guna semula di Tamu Muhibbah Aneka Selera.

 

Turut hadir ialah Ketua Cawangan Temburong adalah Dk. Hajah Hasimah binti Pg. Tahuddin.

 

Slogan untuk insiatif tersebut, "it takes a nation to end plastic pollution" menekankan pentingnya penglibatan kesemua pihak untuk menjayakan usaha pengurangan pencemaran plastik.

 

Sepertimana yang diucapkan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar di acara Pelancaran Penambahan Hari Khamis Ke Arah Setiap Hari Tanpa Beg Plastik pada 19 April 2018, "kejayaan dalam merealisasikan hasrat untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam ini bebas dari pencemaran plastik bergantung sepenuhnya dari tindakan semua pihak terutama sekali pihak pasar raya dan gedung-gedung perniagaan, pemilik kedai runcit dan orang ramai yang jadi pengguna beg plastik. Sekiranya tiada kesedaran di kalangan kita semua mengenai pencemaran dari beg plastik, segala perancangan yang diungkayahkan oleh pihak Kerajaan tidak akan berjaya sepenuhnya."

 

Penambahan hari-hari lain akan dibuat secara berperingkat-peringkat seperti berikut: Penambahan hari Rabu pada bulan Julai 2018, Selasa pada Oktober 2018 dan Isnin untuk ditambah pada Disember 2018 bagi merealisasikan matlamat dan dasar Kerajaan ke arah Setiap Hari Tanpa Beg Plastik sehingga bermula 1 Januari 2019.

 

Pada permulaannya, penambahan ini akan melibatkan kedai-kedai dan gedung-gedung perniagaan yang sedia ada tersenarai di bawah Inisiatif Hujung Minggu Tanpa Beg Plastik. Akan tetapi, ianya akan diperluaskan dan dilaratkan lagi kepada pengguna beg plastik seperti kedai-kedai runcit, restoran dan gerai-gerai makanan di seluruh negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

An Indian Tale Of Love And Sisterhood Unfolds At Cannes

 2024-05-25 10:13:36

Joy And Disbelief As Post Office Convictions Quashed

 2024-05-25 11:09:06