FacebookInstagramTwitterContact

 

6 Mental Illnesses That Could See Improvements From Taking Inositol           >>           11 Must-Have “Forever Foods” For Your Ultimate Pantry Prep           >>           Prepping inventory: Which items are the right ones to overstock?           >>           Dovbyk Hat Trick Helps Girona End Season With 7-0 Win           >>           Bayern Leverkusen Now Have More 'Hunger' For DFB Pokal Final           >>           Real Madrid Pip Man United To Be Named Most Valuable Club           >>           Newcastle Thrashed 8-0 During Post-Season Tour Of Australia           >>           Arsenal Edge A-League Women In Friendly Match           >>           Spacex Targeting June 5 For 4th Test Flight Of Starship Megarocket           >>           Spacex Targeting June 5 For 4th Test Flight Of Starship Megarocket           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


80 Ketua Keluarga Terima Agihan Zakat


TETAMU Kehormat, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar mengepalai bacaan Surah Al-Fatihah.

 


 June 10th, 2018  |  10:06 AM  |   392 views

TUTONG

 

Penyerahan Agihan Zakat Wang Tunai kepada Asnaf Fakir dan Miskin menjelang Hari Raya Bagi Tahun 1439 Hijrah / 2018 Masihi diteruskan lagi oleh Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) di Daerah Tutong, khususnya bagi penduduk yang menetap di Kampung Bukit Beruang dan sekitarnya.

 

Sejumlah BND24,820 wang tunai telah diagihkan dan diserahkan kepada 80 ketua keluarga dan tanggungannya, iaitu 50 lelaki dan 30 perempuan terdiri daripada Asnaf Fakir dan Miskin pada majlis yang diadakan di Masjid Rancangan Perumahan Negara (RPN) Bukit Beruang, di sini.

 

Wang tunai tersebut diambil dari Peruntukan Kumpulan Wang Zakat Fitrah dan Zakat Harta yang dikutip pada tahun 1438H / 2017M untuk diagihkan kepada seramai 6,551 orang penerima yang terdiri dari Asnaf Fakir dan Miskin di seluruh negara, sebagai usaha meringankan beban mereka menjelang Hari Raya Aidil Fitri nanti.

 

Penyampaian Agihan Zakat Wang Tunai tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, selaku Naib Yang Di-Pertua Ahli MUIB.

 

Terdahulu, rombongan Tadarus Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) diadakan di beberapa buah masjid di seluruh negara sempena bulan Ramadan juga diakhiri pada dengan Majlis Khatam Al-Quran.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh tetamu kehormat, diikuti dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Sheikh Hassan Metwally Abdelrahman Sewify, Imam Jemputan Sembahyang Sunat Tarawih dari Republik Arab Mesir dan tadabbur Al-Quran disampaikan oleh Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Da'wah Islamiah, Awang Haji Fansuri Sharimi @ Mansur bin Mohammad Ali.

 

Aturcara diteruskan lagi dengan bacaan takhtim, bertahlil dan Doa Arwah dipimpin oleh Ketua Imam Masjid RPN Bukit Beruang, Haji Moksin bin Haji Moktar dan diakhiri dengan Doa Khatam dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Alimin bin Ismail.

 

Rombongan juga mengadakan Sembahyang Fardu Maghrib berjemaah dan berbuka puasa bersama jemaah di masjid tersebut.

 

Antara yang hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit juga selaku Penghulu Mukim Telisai; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Awang Roslan bin Haji Taja'ah dan Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

An Indian Tale Of Love And Sisterhood Unfolds At Cannes

 2024-05-25 10:13:36

Joy And Disbelief As Post Office Convictions Quashed

 2024-05-25 11:09:06