FacebookInstagramTwitterContact

 

6 Mental Illnesses That Could See Improvements From Taking Inositol           >>           11 Must-Have “Forever Foods” For Your Ultimate Pantry Prep           >>           Prepping inventory: Which items are the right ones to overstock?           >>           Dovbyk Hat Trick Helps Girona End Season With 7-0 Win           >>           Bayern Leverkusen Now Have More 'Hunger' For DFB Pokal Final           >>           Real Madrid Pip Man United To Be Named Most Valuable Club           >>           Newcastle Thrashed 8-0 During Post-Season Tour Of Australia           >>           Arsenal Edge A-League Women In Friendly Match           >>           Spacex Targeting June 5 For 4th Test Flight Of Starship Megarocket           >>           Spacex Targeting June 5 For 4th Test Flight Of Starship Megarocket           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tingkatkan Penglibatan Belia Dalam Aktiviti Keagamaan


HADIR selaku tetamu kehormat majlis adalah Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBS), Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin (tengah).

 


 June 10th, 2018  |  10:11 AM  |   462 views

KATIMAHAR

 

Belia merupakan generasi masa kini untuk kelangsungan kepimpinan masa hadapan.

 

Sebagai seorang pemimpin, para belia bukan sahaja perlu dipersiapkan dengan ilmu-ilmu keduniaan tetapi mereka juga perlu dipersiapkan dengan ilmu kerohanian.

 

Sehubungan itu, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sebagai salah satu agensi yang telah memperkenalkan pelbagai platform dan salah satu platform yang dilaksanakan adalah Pertemuan Belia dan Kepimpinan Belia Bulan Ramadan yang diadakan di Masjid Paduka Seri Begawan Sultan Omar Ali Saifuddien, Kampung Katimahar, hari ini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

 

Majlis dimulakan dengan Forum Belia Produktif Di Bulan Ramadan yang disampaikan oleh Penolong Kaunselor Penjara selaku Panel I, Awang Fariszal bin Ali dan Finalis Akademi Sahur Indonesia (AKSI) Asia 2017, Dayang Siti Julaiha binti Puasa selaku Panel II.

 

Majlis diikuti dengan bacaan Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang dipimpin oleh Imam masjid berkenaan, Awang Endy bin Haji Masri.

 

Acara disusuli dengan penyampaian wakaf berupa perkakas keperluan daripada penderma-penderma belia untuk Masjid Paduka Seri Begawan Sultan Omar Ali Saifuddien yang disempurnakan oleh tetamu kehormat.

 

Majlis diteruskan dengan acara berbuka puasa dan Solat Fardu Maghrib Berjemaah.

 

Seramai 250 belia dan pemimpin belia terdiri daripada persatuan-persatuan belia, alumni program-program belia, sukarelawan belia dan muslimah masjid menghadiri majlis tersebut.

 

Majlis tersebut juga merupakan salah satu inisiatif Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dalam menyatu padukan para belia dan kepimpinan belia selaras dengan misi Mencanai Masyarakat Cemerlang Yang Beragama, Berbudaya, Penyayang, Cerdas, Bersatu Padu, Dinamik dan Berwawasan.

 

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil  serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

An Indian Tale Of Love And Sisterhood Unfolds At Cannes

 2024-05-25 10:13:36

Joy And Disbelief As Post Office Convictions Quashed

 2024-05-25 11:09:06