Home > Bahasa Melayu
Sambutan Nuzul Al-Quran Kementerian Perhubungan
HADIR di majlis tersebut ialah Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof.
June 10th, 2018 | 10:15 AM | 307 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya melalui Jabatan Perkhidmatan Pos mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dan Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Perhubungan.
Hadir selaku tetamu majlis ialah Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof.
Turut hadir, Setiausaha Tetap kementerian tersebut, Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad; Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan Dr. Haji Supry bin Haji Awang Ladi; Pengarah-Pengarah, Ketua-Ketua Jabatan, Timbalan-Timbalan Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, pegawai dan kakitangan Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya serta anak-anak yatim yang diraikan.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Pegawai Pelajaran, Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Mohammad Zul-Hafiz bin Awang Tengah diikuti dengan ceramah yang disampaikan oleh Penolong Pensyarah Bahagian Usuludin, UNISSA, Ustaz Awang Muhammad Khairul Nazif bin Haji Awang Damit.
Majlis diteruskan dengan penyampaian derma kepada 35 orang anak yatim warga Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]