FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Blue Origin's NS-25 Private Space Tourist Mission Online May 19           >>           Yuck: Slack Has Been Scanning Your Messages To Train Its AI Models           >>           Adobe Threatens To Sue Nintendo Emulator Delta For Its Look-Alike Logo           >>           Iran Nobel Laureate Says She Faces New Trial           >>           Russia Could Increase Ukraine Attacks, Says Zelensky           >>           Morehouse: College Divided Over Biden's Upcoming Graduation Speech           >>           'Operasi Bersih'           >>           Wanted to Assist Investigation           >>           Missing Person           >>           Verification of Accuracy Readings and Annual Registration on Weighing Machine           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kemurahan Hati Seorang Raja Terhadap Golongan Memerlukan


PUTERI-PUTERI Kebawah DYMM, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah semasa berkenan berangkat ke Majlis Penyampaian Kurnia

 


 June 10th, 2018  |  10:36 AM  |   936 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan  mengurniakan Kurnia Peribadi baginda kepada 19,576 orang penerima di seluruh negara yang terdiri daripada golongan tertentu iaitu Orang-Orang Berkeperluan Khas, Anak-Anak Yatim, Orang Fakir Miskin, dan Penerima Bantuan Kebajikan Bulanan sempena Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

 

Berkenan berangkat selaku wakil peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi menyempurnakan Kurnia Peribadi kepada golongan tertentu di Daerah Brunei Muara ialah paduka-paduka anakanda baginda, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah. Majlis berlangsung di Istana Nurul Iman.

 

Keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia berdua di Dewan Resepsi dijunjung oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud dan Menteri Kewangan II, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Dr. Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah berserta dengan isteri masing-masing.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Dato Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin.

 

Pada majlis tersebut, seramai 3,066 orang penerima telah menerima Kurnia Peribadi Kebawah DYMM.

 

Sementara itu, di ruang lain Istana Nurul Iman iaitu di Baitur Rahmah, berkenan berangkat bagi menyempurnakan Kurnia Peribadi Baginda ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah.

 

Keberangkatan Yang Teramat Mulia berdua dijunjung oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar dan Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian, Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Awang Haji Mat Suny bin Haji Md. Hussien berserta dengan isteri masing-masing.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dipimpin oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Emran bin Haji Kunchang.

 

Pada majlis tersebut, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah berkenan menyempurnakan Kurnia Peribadi Kebawah DYMM kepada seramai 3,066 orang penerima yang terdiri daripada golongan orang-orang tertentu.

 

Pengurniaan Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang diadakan hari ini jelas memperlihatkan sikap keprihatinan dan pemedulian yang berterusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke atas hal ehwal kesejahteraan dan kebajikan rakyat baginda dan penduduk Negara Brunei Darussalam, lebih-lebih lagi terhadap golongan yang memerlukan.

 

Majlis Pengurniaan Peribadi Kebawah DYMM kepada golongan tertentu bagi Daerah Brunei Muara dan Daerah Temburong akan diadakan pada hari Isnin, 11 Jun 2018 di Istana Nurul Iman; dan Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar, Daerah Temburong.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan

 2024-05-19 00:23:50

We'll Need Universal Basic Income - AI 'Godfather'

 2024-05-19 01:20:48