FacebookInstagramTwitterContact

 

Hari Raya Aidilfitri Visit           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, Ministry of Religious Affairs           >>           Kendall Vertes Reveals Why Mother Jill Is Still The Ultimate Dance Mom           >>           By Command of His Majesty           >>           Megan Fox Ditches Jedi-Inspired Look To Debut Bangin' New Hair Transformation           >>           Messi Proves Difference-Maker To Power Miami Past Red Bulls           >>           ISL 2023-24 Player Of The Season: Lallianzuala Chhangte, Mumbai City's Man For The Big-Game           >>           Messi Gets 5 Assists, Scores A Goal To Lead Miami's Rout Of Red Bulls           >>           Ronaldo Records 4th Hat Trick Of Season In Al Nassr Rout           >>           Barcelona Win Fifth Liga F Title In A Row, Eye First Quadruple           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


PBSMNBD Lancar Kempen Berhemah Di Jalan Raya


MENTERI Perhubungan, Yang Berhormat Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof semasa hadir selaku tetamu kehormat di Majlis Perasmian Projek Memperkasa Masyarakat Berdayatahan Menuju Wawasan 2035 dan Majlis Pelan

 


 June 11th, 2018  |  08:34 AM  |   484 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam (PBSMNBD)  melancarkan Projek Memperkasa Masyarakat Berdayatahan Menuju Wawasan 2035 dan Kempen Berhemah Di Jalan Raya 2018 bersempena dengan meraikan Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Sedunia bagi tahun 2018 dalam satu majlis yang berlangsung di Hotel Centrepoint, Gadong.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya melancarkan Kempen Berhemah di Jalan Raya 2018 ialah Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR).

 

Dalam ucapan alu-aluan Presiden PBSMNBD, Awang Haji Mohd. Suhaimi bin Ibrahim menyentuh mengenai peranan utama persatuan berkenaan dalam membantu pihak kerajaan dalam hal ehwal keselamatan dan kesejahteraan masyarakat khususnya yang berkaitan dengan pertolongan cemas, pengurusan bantuan bencana, kesedaran isu kesihatan dan khidmat kemasyarakatan.

 

Jelasnya, PBSMNBD menerusi Program Memperkasa Masyarakat Berdayatahan Menuju Wawasan 2035 telah mengambil dua langkah utama jangka pendek dari empat inisiatif jangka panjang yang telah dirancang iaitu pertama, membudayakan kemahiran memberikan bantuan kecemasan (first aid) dalam masyarakat bagi membantu mengurangkan risiko kecederaan dan kematian akibat kemalangan serta sakit secara tiba-tiba.

 

Inisiatif kedua ialah dengan memperkasa dan menjana budaya berhemah di jalan raya terutama sekali di kalangan remaja dan belia bagi membantu mengurangkan risiko berlakunya kemalangan di jalan raya.

 

Manakala inisiatif ketiga dan keempat iaitu keselamatan di sekolah dan membudayakan keselamatan dalam masyarakat akan dilaksanakan di masa akan datang secara berperingkat-peringkat.

 

Acara turut diteruskan dengan penyampaian risalah dan pelekat kenderaan Kempen Berhemah di Jalan Raya 2018 kepada MKKJR, persatuan-persatuan dan penaja-penaja kempen.

 

Yang Berhormat Menteri Perhubungan bersama ahli-ahli PBSMNBD kemudiannya turut serta dalam mengedarkan risalah dan pelekat kenderaan kepada pengguna-pengguna jalan raya yang berada di sekitar kawasan Gadong.

 

Sebelumnya, Yang Berhormat Menteri Perhubungan telah menyampaikan tauliah pangkat dan sijil lantikan kepada Presiden Kehormat Sepanjang Hayat, Datin Hajah Dayang Siti Hajar binti POKSS Dato Paduka Haji Awang Yussof, Ahli-ahli Majlis Kebangsaan PBSMNBD dan Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Sumber Dana dan Projek Khas PBSMNBD.

 

Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad selaku Timbalan Pengerusi II MKKJR dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Dr. Awang Haji Supry bin Haji Awang Ladi selaku Setiausaha MKKJR.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07