FacebookInstagramTwitterContact

 

Kate Shares New Photo Of Smiling Charlotte To Celebrate Her Ninth Birthday           >>           Reginald The Cat Has A Filthy Habit For Stealing Underwear From Strangers           >>           Travis Kelce Makes Surprise Appearance At Pre-2024 Kentucky Derby Party           >>           Anna Nicole Smith's Daughter Dannielynn Birkhead, 17, Debuts New Look At Kentucky Derby           >>           Turmeric Extract Combats The Joint-Damaging Effects Of Arthritis           >>           Cranberries Prevent Cancer And Many Other Chronic Diseases           >>           Boeing Starliner Rolls Out To Launch Pad For 1st Astronaut Flight On May 6 (Photos)           >>           Parrots in captivity seem to enjoy video-chatting with their friends on Messenger           >>           Google prohibits ads promoting websites and apps that generate deepfake porn           >>           Threads Now Lets You Control Who Can Quote Your Posts           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


JPKE Keluarkan Laporan Awal BEP


 


 June 12th, 2018  |  09:02 AM  |   195 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE) mengendalikan Banci Ekonomi Perusahaan / Perniagaan (BEP) 2016 bermula bulan Mei 2016.

 

Objektif utama BEP 2016 adalah untuk mengumpul maklumat komprehensif dan terkini mengenai pertumbuhan, sumbangan, komposisi serta taburan kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh syarikat perusahaan / perniagaan di Negara Brunei Darussalam.

 

JPKE mengeluarkan Laporan Awal BEP 2016 yang memuatkan data awal yang akan disemak selanjutnya setelah pemerosesan data selesai sepenuhnya.

 

Penemuan-penemuan utama yang dimuatkan di dalam Laporan Awal BEP 2016 adalah seperti berikut :

 

a) Perusahaan.

 

- Sebanyak 5,342 buah perusahaan telah melapor sebagai aktif pada tahun 2015, yang mana 96.5 peratus (5,158 buah) adalah terdiri daripada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

 

- Sebanyak 1,920 perusahaan bersaiz mikro (35.9 peratus), 2,294 perusahaan kecil (42.9 peratus), 944 perusahaan sederhana (17.7 peratus) dan 184 perusahaan selebihnya bersaiz besar (3.5 peratus).

 

- Berbanding tahun 2010, bilangan perusahaan sederhana meningkat secara purata sebanyak 2.6 peratus setahun (daripada 830 pada tahun 2010 menjadi 944 pada tahun 2015). Perusahaan besar juga meningkat sebanyak 5.8 peratus (daripada 139 pada tahun 2010 menjadi 184 pada tahun 2015).

 

- Tiga kegiatan ekonomi terbesar ialah Perdagangan Borong dan Runcit dengan 1,815 perusahaan (34.0 peratus), diikuti oleh Pembinaan dengan 793 perusahaan (14.8 peratus) dan Pembuatan dengan 550 perusahaan (10.3 peratus).

 

b) Pekerjaan.

 

- Jumlah pekerja Sektor Swasta telah meningkat sebanyak 3.1 peratus setahun daripada 99,607 orang pada tahun 2010 menjadi 115,894 orang pada tahun 2015.

 

- Lebih ramai pekerja tempatan telah memasuki pasaran kerja di sektor swata, di mana bilangan mereka telah meningkat daripada 42,518 orang pada tahun 2010 menjadi 51,590 orang pada tahun 2015.

 

- Pembinaan adalah majikan yang terbesar melibatkan 27,180 pekerja (23.5 peratus). Ini diikuti oleh Perdagangan Borong dan Runcit [25,793 pekerja (22.3 peratus)], Perkhidmatan Profesional, Teknikal, Pentadbiran dan Bantuan [13,754 pekerja (11.9 peratus)], dan lain-lain.

 

c) Pendapatan.

 

- Jumlah pendapatan aktiviti perniagaan pada tahun 2015 bernilai BND 23.9 bilion, berbanding BND 29.2 bilion pada tahun 2010.

 

- Dalam tempoh 2010 - 2015, jumlah pendapatan yang disumbangkan oleh PMKS telah meningkat, kedua-duanya dari segi nilai (daripada BND 7.9 bilion pada tahun 2010 menjadi BND 8.3 bilion pada tahun 2015) dan juga agihan (daripada 26.9 peratus pada tahun 2010 menjadi 34.8 peratus pada tahun 2015).

 

- Pendapatan terbesar adalah disumbangkan oleh Perlombongan dan Kuari yang bernilai sebanyak BND 6.9 bilion (28.9 peratus), diikuti oleh Pembuatan sebanyak BND 5.2 bilion (21.8 peratus), Perdagangan Borong dan Runcit sebanyak BND 5.2 bilion (21.5 peratus), dan lain-lain.

 

Laporan yang lebih terperinci mengenai data muktamad BEP 2016 akan dikeluarkan secara berasingan dalam penerbitan seterusnya.

 

JPKE ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pemilik dan pengurus syarikat perusahaan dan perniagaan di atas kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh banci.

 

Laporan Awal BEP 2016 boleh didapati melalui laman sesawang JPKE, 'www.depd.gov.bn'. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini bolehlah dirujuk ke JPKE dengan menghubungi talian telefon : +673 2230251 (waktu pejabat), e-mel : '[email protected]' dan laman sesawang tersebut.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07