FacebookInstagramTwitterContact

 

Kate Shares New Photo Of Smiling Charlotte To Celebrate Her Ninth Birthday           >>           Reginald The Cat Has A Filthy Habit For Stealing Underwear From Strangers           >>           Travis Kelce Makes Surprise Appearance At Pre-2024 Kentucky Derby Party           >>           Anna Nicole Smith's Daughter Dannielynn Birkhead, 17, Debuts New Look At Kentucky Derby           >>           Turmeric Extract Combats The Joint-Damaging Effects Of Arthritis           >>           Cranberries Prevent Cancer And Many Other Chronic Diseases           >>           Boeing Starliner Rolls Out To Launch Pad For 1st Astronaut Flight On May 6 (Photos)           >>           Parrots in captivity seem to enjoy video-chatting with their friends on Messenger           >>           Google prohibits ads promoting websites and apps that generate deepfake porn           >>           Threads Now Lets You Control Who Can Quote Your Posts           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kurnia Peribadi Kebawah DYMM Sangat Bermakna


AWANG Sipul bin Haji Gomban semasa ditemu bual.

 


 June 12th, 2018  |  09:06 AM  |   460 views

TEMBURONG

 

Keceriaan dan kegembiraan jelas terpancar di setiap wajah rakyat dan penduduk Daerah Temburong yang terpilih menerima Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada majlis yang berlangsung di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar, di sini.

 

Pemberian Kurnia Peribadi tersebut  setentunya sangat memberi makna kepada golongan-golongan yang memerlukan dalam membuat persiapan bagi menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang, di samping menampung perbelanjaan seharian mereka.

 

Beberapa orang penerima Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang terdiri daripada golongan tertentu semasa ditemui rata-rata melahirkan perasaan penuh kesyukuran diatas pemberian kurnia tersebut yang sekaligus dapat membantu mereka menempuhi hari-hari mendatang.

 

Awang Sipul bin Haji Gomban, salah seorang penerima di bawah bantuan Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), menjelaskan ini merupakan kali kedua beliau menerima Kurnia Peribadi Kebawah DYMM.

 

"Alhamdulillah, dengan pemberian Kurnia ini memang sukar digambarkan melalui kata-kata melainkan rasa syukur kerana mempunyai seorang Raja yang prihatin. Dan selaku rakyat kita hendaklah menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada baginda dan keluarga baginda," ujar beliau yang mempunyai tanggungan seramai lima orang termasuk isteri dan empat orang anak yang masih bersekolah.

 

Manakala bagi Dayang Netty Morady binti Haji Mahmood, dari Kampung Batang Tuau pula, menyatakan ini  merupakan kali pertama beliau menerima Kurnia Peribadi Kebawah DYMM.

 

"Alhamdulillah, saya menjunjung setinggi-tinggi ucapan terima kasih kehadapan Majlis Kebawah DYMM atas pengurniaan yang sangat bermakna ini dan ianya akan dapat digunakan bagi perbelanjaan Hari Raya nanti," jelasnya yang menerima bantuan dari MUIB, merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai tanggungan tiga orang anak.

 

Seorang lagi penerima iaitu Nur Nadira Azzimatulneesa binti Abdullah, berusia 14 tahun juga melahirkan rasa kesyukurannya dan menjunjung ucapan terima kasih ke hadapan majlis Kebawah DYMM kerana telah memberi Kurnia Peribadi tersebut yang mana ianya akan dapat digunakan bagi membeli persiapan-persiapan untuk Hari Raya Aidilfitri nanti.

 

Rakyat dan penduduk di negara ini berasa bersyukur kerana mempunyai seorang raja yang pemedulian dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan dan kesejahteraan golongan yang memerlukan bantuan.

 

Kurnia ikhlas daripada raja yang sangat dikasihi yang disempurnakan oleh paduka-paduka anakanda baginda setentunya akan menjadi ristaan manis sepanjang hayat bagi para penerima.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07